Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aidil Zafuan Akui Tak Mampu Bayar Tuntutan Mutaah Yang Diminta Rita Rudaini

12 Mei 2015

SHAH ALAM – Bintang bola sepak tanah air, Aidil Zafuan Abdul Razak, 28, membuat pengakuan tidak mampu untuk membayar tuntutan mutaah yang diminta oleh bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 39, yang berjumlah RM 300,000.

Adil membuat pengakuan itu di Mahkamah Tinggi Syariah ketika prosiding perbicaraaan semalam.

Aidil Zafuan mendakwa mempunyai banyak tanggungan lain selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Zarena Zainal pada tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, Adil sudah mempunyai seorang cahaya mata berusia 3 bulan.

Menurut Aidil lagi, dia juga turut menanggung nafkah dua anak lelakinya hasil perkahwinan dengan Rita Rudaini serta hutang peribadi.

Saya juga menanggung ibu bapa selain hutang peribadi seperti kenderaan untuk kegunaan saya ketika bekerja. Selain itu, saya juga menanggung bil elektrik dan air serta makan minum dan keperluan sendiri,” katanya.

Aidil diwakili oleh peguam Rushdan Sujak Rafie manakala Rita Rudaini pula diwakili oleh Datuk Zaidi Mohd. Zain. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "