Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aidil Nafi Isterinya Ganggu Rita

29 Mei 2015



KUALA LUMPUR: Kes membabitkan bekas pasangan popular ini memang mencuri tumpuan peminat Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Aidil dan bekas isterinya yang juga aktres jelita, Rita Rudaini.

Jika sebelum mereka bertegang urat berhubung isu nafkah anak-anak, kali ini pula berhubung gangguan panggilan telefon.

Rita sebelum ini mendedahkan bahawa isteri baru Aidil, iaitu Zarema Zainal mengganggunya dengan panggilan telefon pada waktu malam. Malah, aktres itu turut mendedahkan nombor si pemanggil yang dipercayai milik Zarema.

Hari ini, Aidil tampil menafikan tuduhan Rita sambil menjelaskan, beliau yang sebenarnya menggunakan nombor berkenaan kerana mahu berbual dengan anak-anaknya yang di berada di bawah jagaan Rita.

"Saya cuba menghubungi Rita menggunakan telefon bimbit isteri saya kerana Rita telah sekat nombor saya agar tidak boleh menghubunginya.

"Saya menelefon dia pun ada sebabnya, mahu bercakap dengan anak-anak tapi dia tidak jawab panggilan itu. Mengapa dia nak menipu mengatakan nombor Zarema itu kerap menghubunginya? Saya tidak faham apa tujuan dia berbuat demikian," luah Aidil yang dipetik dari portal Rotikaya.

Sehubungan itu, pemain bola sepak kebangsaan tampil membuat laporan polis di atas tindakan Rita yang mendedahkan nombor telefon isterinya kepada umum.

Alasan Aidil, beliau dan isterinya kerap diganggu individu tidak dikenali selepas pendedahan nombor berkenaan, sehingga mengganggu privasi keluarganya.  -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "