Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

14 Anak Kapal Hilang Apabila Kapal Korek Karam Di Perairan Pengerang

20 Mei 2015
No Comment


JOHOR BAHRU: Sebuah kapal korek pasir laut di Teluk Ramunia, Pengerang telah karam selepas dipukul ombak awal pagi tadi

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kejadian tersebut berlaku di kedudukan 8.6 batu nautika timur Tanjung Punggai,

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, dalam ekjadian tersebut yang berlaku 4,20 pagi tadi 14 orang anak kapal disahkan hilang manakala seorang berjaya diselamatkan.

"Berikutan itu, kesemua kru kapal yang terdiri daripada 14 warga China dan seorang warga tempatan terjatuh ke dalam laut.

"Namun seorang daripadanya telah berjaya diselamatkan oleh kapal yang kebetulan melalui kawasan itu, manakala 14 lagi kru masih hilang," katanya.

Usaha mencari dan menyelamat kesemua mangsa hilang sedang dijalankan dengan kekuatan tiga buah bot dan sebuah kapal milik APMM Daerah Tanjung Sedili serta sebuah pesawat udara APMM. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "