Detik melamar adalah antara detik-detik yang bersejarah yang paling diingati oleh para pasangan kerana ia adalah saat manis yang menjadi titik permulaan hubungan mereka.
Untuk menjadikan detik ini lebih bermakna dan diingati, sesuatu yang lebih kreatif, epik dan menarik perlu digunakan ketika anda mengemukakan lamaran. Oleh itu, kami bawakan beberapa idea menarik untuk dijadikan panduan ketika anda melamar pasangan anda nanti.
Sekiranya anda dan pasangan banyak meluangkan masa bersama bermain "board games", cara ini mungkin yang paling sesuai.
2 - Gunakan Gambar (Tanpa Disedari)
Minta bantuan rakan-rakan anda untuk membantu menyampaikan mesej lamaran anda di dalam gambar tanpa disedari oleh pasangan anda. Dia hanya akan perasan tentang lamaran itu ketika dia melihat kembali gambar! Supriseee!
3 - Dengan Teknologi
Jika pasangan anda seorang yang gemarkan teknologi, cara ini mungkin cara yang terbaik untuk melamarnya. Sebagai contoh, apabila dia 'scan' gambar QR code dibawah, mesej "Will you marry me" akan keluar :)
4 - Dibawah Makanan
Bayangkan anda dan pasangan sedang menikmati sup cendawan di Pizza Hut, dan pada hirupan terakhir, pasangan anda terkejut dalam terharu apabila melihat perkataan "Marry Me" tertulis di permukaan cawan. Sangat romantik!
5 - Bantuan Pizza Delivery
Mungkin cara ini yang termudah dan senang untuk melamar, tetapi ia memerlukan bantuan ekstra dari penghantar Pizza. Tambahan lagi, pasangan anda akan dapat merasa hidangan yang romantis pada hari itu.
6 - Jalanraya
Cara ini mungkin memerlukan lebih kos dan tenaga, tetapi ianya berbaloi jika anda menginginkan lamaran anda diingati oleh pasangan. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, mungkin boleh gunakan papan tanda supaya anda tidak ditangkap kerana membuat vandalisme.
7 - Gunakan haiwan peliharaan.
Pasangan anda penggemar haiwan peliharaan? Lamarlah dia dengan menggunakan bantuan haiwan peliharaan. Contohnya, ikat cincin perkahwinan di leher kucing (macam dalam gambar) dan buat pasangan anda merasa terharu. Epik!
8 - Orang Tersayang
Cara ini sememangnya tidak sesuai bagi golongan bujang, tetapi bagi golongan duda yang sudah mempunyai anak, ini pilihan yang tepat sekali. Gunakan kecomelan anak anda untuk melamar bakal isteri anda dan sudah tentu dia akan berkata YA!