Sebuah video yang memaparkan tindakan seorang pekerja KFC wanita yang menunjuk isyarat lucah kepada pelanggan telah tersebar semalam.
video yang dimuat naik oleh komuniti Cina Ampang tersebut telah menjadi bualan hangat di kalangan pengguna laman sosial Facebook.
Mereka menyifatkan tindakan tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana ia melibatkan imej pengendali makanan segera itu sendiri yang sememangnya terkenal di seluruh dunia.
Kejadian dikatakan berlaku apabila seramai 15-20 orang pelajar telah pergi ke restoran KFC tersebut untuk makan tengah hari.
Kerana jumlah mereka yang ramai mereka telah meminta meja digabungkan meja untuk duduk sekali dan juga meminta pekerja KFC mengemas meja yang masih terdapat saki baki makanan.
Namun, pekerja tersebut tidak membenarkan mereka menggabungkan meja kerana ia dikatakan mengganggu laluan orang lain dan juga boleh menyebabkan pelanggan lain turut berbuat demikian.
Salah seorang dari pelajar tersebut telah mempertikaikan perlukah mereka hendak duduk 4 semeja sedangkan mereka datang ramai secara berkumpulan.
Kerana bertegas untuk menggabungkan meja menyebabkan pekerja KFC itu marah dan berkata lebih "baik awak semua makan di luar."
Pelajar-pelajar tersebut dikatakan tersentak dengan kata-kata pekerja KFC tersebut dan tidak menyangka mereka dilayan sedimikian.
"Adakah patut dia berkata seperti itu kepada pelanggan? Bila diminta mengemaskan meja, muka macam marah dan seperti tidak suka dengan kehadiran kami," cerita pelajar berkenaan.
Mereka pada mulanya beranggapan pekerja tersebut mungkin tertekan kerana letih tetapi apa yang pelik wanita tersebut mula mengambil gambar dan video mereka.
"Kami tidak faham, kenapa dia perlu ambil gambar kami? kami pergi ke restoran tersebut untuk menikmati makan tengahhari, apa salah kami buat?
"Salah seorang dari kami pun bertindak mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil video pekerja tersebut dan yang mengejutkan dia yang menyedari video diambil telah menunjukkan isyarat lucah kepada kami. Ia sungguh biadap. Kami bayar apa yang kami makan tetapi kenapa kami dilayan sebegini,?" cerita mereka.
Kerana video ini pihak KFC telah tampil meminta pemilik video asal supaya tampil untuk pihak mereka mencapat maklumat lebih lanjut tentang kejadian.
KFC juga telah mengambil langkah-langkah supaya kejadian ini tidak berulang lagi di mana-mana cawangan di seluruh negara.
"Kami komited untuk piawaian tertinggi kecemerlangan dan berusaha untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan antara pelanggan dan kakitangan kami pada setiap masa," komen KFC melalui facebook mereka. - Siakapkeli.my