McDonalds Terpaksa Tutup 350 Cawangannya Di Tiga Buah Negara
Labih 350 buah restoran makanan segera, McDonald telah ditutup dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini di Amerika Syarikat, Jepun dan China dan dikatakan 350 lagi akan ditutup menjelang akhir tahun ini.
Itulah realiti yang berlaku sekrang apabila syarikat gergasi makanan segera itu dikatakan mengalami kerugian besar apabila kutipan mereka tahun ini jatuh mendadak.
"Rabu lalu, McDonald melaporkan penurunan 11% hasil jualan dan penurunan 30% dalam keuntungan bagi tiga bulan pertama tahun ini, kesinambungan daripada masalah-masalahnya yang berlaku dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini dengan ekonomi di eropah dalam keadaan sukar dan ketakutan masyarakat Asia dengan tahap keselamatan makanan," lapor Fortune.
Jualan McDonald mula jatuh menjunam selepas pelanggan mula mencari alternatif yang lebih sihat, penurunan mendadak makanan segera terbesar di dunia.
"Dalam erti kata lain: orang yang hanya bosan dengan menyodok sampah ke dalam tubuh mereka, dan mereka tidak akan bersabar dengan itu lagi." kata seorang warga Amerika Syarikat.
Tahun ini, McDonald's Amerika telah melakukan beberapa perubahan termasuk resipi ayam panggang yang dipermudahkan dan mengawal penggunaan antibiotik ke atas ayam.
Penyebab lain kerugian McDonalds adalah gaji pekerja jterpaksa dinaikkan atas permintaan berterusan kesatuan pekerja, selain menambah faedah-faedah lain untuk pekerja seperti percutian. - Siakapkeli.my