Lin Chong Wei Digantung Lapan Bulan Dari Menyertai Mana-mana Kejohanan Badminton
KUALA LUMPUR: Dari perkembangan terbaru kes jaguh badminton negara, Dato Lin Chong Wei dikatakan telah digantung selama lapan bulan berhubung kes doping.
Bagaimanapun ini adalah berita yang agak gembira kerana tarikh mula Chong Wei digantung dari menyertai mana-mana perlawanan tersebut bermula 30 Ogos lalu dan beliau layak bermain semula bermula 1 Mei ini.
Oleh itu, Chong Wei akan dapat menyertai tiga kejohanan utama yang akan datang iaitu Piala Sudirman di Dongguan dari 10-17 Mei, Sukan SEA di Singapura pada bulan Jun dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada bulan Ogos.
Memetik laporan The Star, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman rasmi pada 3 petang tadi di pejabat beliau di Putrajaya.
Chong Wei bersama peguannya Mike Morgan telah berlepas ke Asmterdam pada 11 April lalu untuk sesi endengaran rayuan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bersama tiga ahli panel bebas.
Turut mengiringi mereka adalah Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh.
Semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lalu, sampel air kencing Chong Wei didapati positif menggunakan bahan terlarang, dexamethasone. - Siakapkeli.my