Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tunggang Kapcai Mahupun Superbike, Rupanya Motosikal Simpan ‘Rahsia’ Personaliti Anda Ramai Yang Tak Tahu

28 Jun 2019
No Comment


Mempunyai kenderaan sendiri adalah impian setiap orang. Tidak kiralah jika sekadar motor kapcai biasa atau jentera berprestasi tinggi yang merajai jalan raya, ia sentiasa memberi kepuasan kepada pemiliknya.

Ada yang memiliki motosikal untuk dijadikan pengangkutan seharian ke tempat kerja dan ada juga berpendapat memiliki motosikal adalah satu hobi yang memuaskan.

Tapi tahukah anda, sebenarnya jenis motosikal yang anda tunggang boleh memberi gambaran mengenai personaliti anda. Kapcai, Super-moped, Superbike ataupun Vespa, setiap pemiliknya mempunyai personaliti tersendiri yang menarik untuk kita perhatikan.

Kapcai


Bagi yang memilih untuk memiliki motosikal jenis Kapcai tidak kisahlah jenama apa pun, mereka biasanya adalah orang yang simple dan ‘going with the flow’.

Selain itu, penunggang Kapcai juga merupakan seorang yang mengutamakan ‘practicality’. Bagi anda, asalkan boleh bergerak dari point A ke point B ia sudahpun memadai.

Nak cari pakir lebih senang dan anda tidak perlu terlalu memikirkan soal keselamatan kerana ‘pencuri-pencuri’ lebih cenderung menyasarkan motosikal dalam kategori seterusnya sebagai ‘mangsa’.

Lagipun, harga Kapcai dalam pasaran tempatan tidaklah terlalu mahal kan?

Super-moped


Rekaan menarik, boleh memecut laju dan selesa ditunggang, Super-moped adalah jawapan untuk anda yang mempunyai jiwa muda dan sukakan kelajuan.

Selain itu, seperti Kapcai, pemilik super moped juga lebih memikirkan soal ‘practicality’ tetapi tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk tampil bergaya berbanding rakan-rakan yang lain.

Pemilik Super-moped juga sebenarnya seorang yang suka kebebasan dan gemar mengembara. Anda tidak kisah untuk berhimpun beramai-ramai dengan rakan-rakan lain dan keluar berkonvoi kemana-mana.

Super-bike


Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi apabila anda menunggang sebuah jentera berprestasi tinggi membelah jalan setiap hari.

Anda barangkali seorang yang sukakan sesuatu yang ekstrem dan berada pada tahap maksima setiap masa. Adrenalin yang memuncak setiap kali minyak dipulas habis memberikan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Selain itu, mempunyai sebuah Superbike juga menandakan anda seorang yang suka menjadi sebahagian daripada komuniti. Dengan kata lain, anda seorang yang peramah dan suka berdamping.

Maka tak hairanlah pemilik Superbike kebiasaannya menjadi ahli kepada kumpulan motosikal tertentu yang mempunyai ikatan rapat antara satu sama lain. Selain berkonvoi sama ada dalam atau ke luar negara, geng-geng moto ini juga biasanya turut mempunyai aktiviti kekeluargaan yang lain.

Satu lagi, memiliki Superbike juga lambang kepada status anda. Jadi tidak salah jika diandaikan bahawa pemilik Superbike mempunyai personaliti orang yang sukses dalam hidupnya.

Vespa


Old school. Ya, penunggang Vespa adalah seorang yang sangat cool dan sukakan sesuatu yang nostalgik. Bagi anda, setiap yang berlaku dalam hidup sangat penting dan perlu dihargai. Pemilik Vespa juga adalah seorang yang setia.

Penunggang Vespa juga sukakan ketenangan dan santai-santai. Jika anda menggunakan Skuter atau Vespa untuk ke tempat kerja, anda mungkin tidak memecut terlalu laju dan memilih untuk menikmati perjalanan tersebut.

Selain itu, pemilik Vespa juga selalunya mempunyai penampilan diri yang menarik dan seringkali mengenakan pakaian yang bergaya.

Tapi bercakap mengenai Vespa, sebenarnya ada berita baik untuk anda semua. The Chicken Rice Shop, rangkaian restoran makanan popular tanah air ketika ini sedang menjalankan peraduan Kepuasan Berganda bermula 8 Julai sehingga 1 September dengan hadiah utama adalah sebuah Vespa.
Nak miliki Vespa serba baru dari The Chicken Rice Shop ini mudah saja tau. Apa yang perlu anda buat adalah kunjungi mana-mana cawangan The Chicken Rice Shop dan berbelanja minimum RM 20 setiap resit.

Kemudian serahkan 8 resit pembayaran, jawab soalan mudah dan lengkapkan slogan disini. 


Bukan itu je tau, selain Vespa anda juga mempunyai peluang yang sangat cerah untuk memenangi pelbagai lagi hadiah menarik daripada The Chicken Rice Shop melalui peraduan Kepuasan Berganda.

Caranya masih sama, apa yang perlu anda buat adalah hadir kemana-mana rangkaian restoran The Chicken Rice Shop, kecuali KLIA2 dan berbelanja minimum RM 20/per resit.

Jangan lupa minta resit ketika membuat pembayaran dan simpan resit-resit berkenaan untuk menyertai peraduan ini yang dibahagikan kepada 4 Tier seperti dibawah.

Tier 1 (8 Julai  – 21 Julai)

Serahkan 2 keping resit, jawab soalan mudah dan berpeluang menang The Chicken Rice Shop Cooler Bag.

Tier 2 (8 Julai – 4 Ogos)

Serahkan 4 keping resit, jawab soalan mudah dan berpeluang menang baucer tunai The Chicken Rice Shop bernilai RM 100.

Tier 3 (8 Julai – 18 Ogos)

Serahkan 6 keping resit, jawab soalan mudah dan berpeluang menang hadiah TEFAL Steam Iron PRO STYLE IT3420 bernilai RM399.

Tier 4 (8 Julai – 1 September)

Serahkan 8 keping resit, jawab soalan mudah dan lengkapkan slogan. Anda berpeluang untuk menang TEFAL Multicooker Versalio Deluxe 9in1 bernilai RM519.

Oh ya, resit yang anda guna untuk menyertai salah satu Tier di atas juga boleh digunakan untuk menyertai Tier yang lain selagi mana ia bertarikh 8 Julai hingga 1 September ya.

Bagi menyertai peraduan ini, anda boleh mengisi borang peraduan disini.
Bila ada Peraduan Kepuasan Berganda ini, barulah rasa berbaloi kan untuk makan, menang dan ulang di The Chicken Rice Shop.

Tak sia-sia jika anda meluangkan masa untuk makan bersama-sama dengan keluarga, rakan sekerja ataupun sesiapa sahaja di The Chicken Rice Shop kerana hadiah yang ditawarkan sangat menarik dan berbaloi dengan setiap wang anda belanjakan.

Tunggu apa lagi, jom serbu The Chicken Rice Shop berhampiran kawasan anda sekarang.



Untuk syarat-syarat penyertaan dan maklumat lanjut anda boleh melayari Facebook, Instagram, Youtube dan laman web The Chicken Rice Shop.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "