Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Twitter Nasihatkan Pengguna Untuk Tukar Kata Laluan Bagi Mengelakkan Sebarang Gangguan

4 Mei 2018
One Comment

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Twitter menasihatkan penggunanya supaya menukar kata laluan mereka yang sedia ada kepada yang terbaru.

Khamis lalu, syarikat media sosial tersebut menjelaskan mereka menemui pepijat (bug) yang menyimpan kata laluan dalam log dalaman, dalam satu bentuk yang tidak dilindungi.

Bagaimanapun, Twitter menjelaskan tidak terdapat sebarang petunjuk yang menyatakan terdapat sebarang perlanggaran atau salahguna mana-mana kata laluan yang berlaku.


Twitter menasihatkan pengguna untuk mempertimbangkan  menukar kata laluan yang mereka gunakan untuk log masuk ke Twitter.

Pengguna juga disarankan menukar kata laluan tersebut jika ia digunakan untuk sebarang perkhidmatan lain.

Syarikat media sosial itu berkata ia 'menyulitkan' kata laluan dengan menggantikannya dengan set nombor dan huruf rawak. Tetapi pepijat itu menyebabkan kata laluan ditulis dalam satu log dalaman.

Bagaimanapun, Twitter menjelaskan mereka telah menemui pepijat itu dan telah menanganinya.

Sumber- ExpressUK

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "