Melalui portal My Health, kisah Encik Ali ini wajar dijadikan contoh agar kita lebih berhati-hati dalam mengendalikan beban berat samada menolak, menarik atau membawanya. Ikuti perkongsian dibawah, semoga bermanfaat buat kita semua. Ingat, angkat barang pun ada caranya ya!
Encik Ali telah mendapat sakit belakang minggu lalu setelah mengangkat tong gas yang berisi dari kedai ke dalam keretanya. Doktor mengesahkan beliau mendapat Muskuloskeletal disease disorders (MSDs) akibat daripada pengendalian manual yang tidak betul. Apakah yang dimaksudkan dengan pengendalian manual atau manual handling? Pengendalian manual didefinisikan sebagai aktiviti mengangkat, menurun, menolak, menarik, membawa, menanggung beban berat tanpa bantuan peralatan mekanikal. Beban tersebut samada bernyawa seperti manusia mahupun tidak bernyawa seperti seguni beras (European Agency For Safety And Health At Work, n.d.).
Teknik SMART Atau SMART Technique
S: Size up the load.
- Anggarkan berat/saiz/bentuk beban. Gerakkan beban ke kanan dan ke kiri secara perlahan-lahan bagi mempastikan kapasiti anda mengendalikan bebanan tersebut.
Tetapkan lokasi beban hendak diletakkan. Pastikan laluan tidak mempunyai halangan.
Buat keputusan samada peralatan mekanikal atau bantuan rakan lain diperlukan.
Foto 1: Anggarkan berat beban |
M: Move the load as close to your body as possible
- Rapatkan beban dengan badan anda. Semakin jauh beban dari badan, semakin ianya ditanggung berat.
- Ampu/gengam beban tersebut menggunakan tangan dengan sekemas yang boleh.
Foto 2: Cara yang SALAH menggerakkan beban |
Foto 3: Cara yang BETUL menggerakkan beban |
A; Always bend your knee
Ia adalah untuk memposisikan kaki dan bagi menstabilkan diri anda. Stabilkan diri anda dengan cara:
Ia adalah untuk memposisikan kaki dan bagi menstabilkan diri anda. Stabilkan diri anda dengan cara:
- Letakkan kaki hadapan anda di sisi beban tersebut.
- Letakkan kaki belakang anda di belakang beban tersebut.
- Jarak kaki hadapan dan belakang ialah mengikut lebar pinggul anda.
- Minimakan kedudukan bongkok badan.
Foto 4: Letakkan kaki hadapan di sisi beban tersebut |
Foto 5: Letakkan kaki di belakang beban tersebut |
R : Raise the loads with your leg.
Faktor risiko ialah aktiviti mengangkat beban secara berbahaya yang menjurus kepada masalah kerangka badan. Berikut adalah faktor-faktor risiko ergonomik:
Postur Badan Tidak Sesuai
Bermaksud anggota badan tidak berada dalam keadaan neutral semasa melakukan kerja. Keadaan neutral semasa melakukan kerja akan melibatkan otot-otot yang lebih besar. Ini dapat mengurangkan masalah kesakitan pada otot, tulang dan sendi. Melakukan kerja tidak dalam keadaan neutral seperti membongkok, memusing badan, menjengket mengunakan otot-otot yang lebih kecil, dan ini memenatkan badan selain menimbulkan masalah kesakitan rangka badan (Metcash Food & Grocery, n.d.).
Faktor persekitaran tempat kerja yang tidak menepati prinsip-prinsip ergonomik seperti ruang kerja yang sempit , terlalu tinggi, rendah dan sebagainya akan menyebabkan pekerja terpaksa membongkok dan berpusing, membongkok ke hadapan, memusingkan pergelangan tangan, melakukan capaian yang melampau.
Pergerakan berulang-ulang.
Otot yang sama akan digunakan secara berulang-ulang. Anggota badan terlibat tidak dapat berehat secukupnya dan berlakulah ketidakselesaan dan kesakitan kepada pekerja.
Postur badan statik
Dalam keadaan statik, otot-otot badan tidak mampu mengepam darah yang mengandungi karbon dioksida dan bahan kumuhan badan daripada anggota badan. Ia juga tidak mampu untuk mendaptkan darah yang mengandungi oksigen. Kesannya, penat dan kesakitan pada anggota yang terlibat.
Tekanan sentuhan
Merujuk kepada pemicitan ke atas salur darah, otot-otot, tendon akibat penggunaan sebagai contoh pemutar skrew yang tidak berlapik. Apabila pengecutan saluran darah berlaku, aliran darah pada anggota terlibat akan berkurangan. Ini menyebabkan rasa kebas dan sakit pada anggota yang digunakan.
Faktor persekitaran
Merujuk kepada getaran yang dihasilkan daripada mesin yang digerakkan oleh kuasa elektrik akan menyebabkan getaran tangan lengan. Sumber getaran seperti chainsaw, concrete breakers, hand-held grinders, metal polishers, hammer drills. Faktor persekitaran juga merujuk kepada pencahayaan. Pencahayaan yang terlalu gelap akan meningkatkan kesilapan serta risiko kemalangan. Pencahayaan yang teralu terang menyebabkan mata letih yang boleh menjurus kepada sakit kepala dan sebagainya.
Julat cahaya yang dicadangkan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ialah 200 Lux bagi kerja-kerja am, 400 Lux bagi kerja rutin pejabat dan 600 Lux untuk proof reading. Suhu yang terlalu sejuk atau panas akan mengakibatkan pengudaraan yang tidak baik yang menjurus kepada symptom SBS. Julat suhu yang dicadangkan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ialah 20 -26 darjah celcius. Bunyi bising bukan sahaja menjejaskan pendengaran malah menganggu tidur, tahap kognitif, menaikkan kadar denyutan nadi dan tekanan darah.
- Bengkokkan kaki anda untuk mendapatkan beban tersebut
- Bangun dan angkat beban tersebut menggunakan otot peha anda. Ia merupakan otot yang terbesar dalam tubuh. Otot belakang hanya berfungsi untuk memeluk bebanan tersebut.
Foto 6: Angkat beban menggunakan kaki dan bukannya belakang anda |
- Angkat beban dengan menggunakan kaki dan bukannya belakang anda. Angkat perlahan-lahan dan jangan sentap beban.
- Luruskan tulang belakang anda.
- Angkat kepala dan pandang ke hadapan.
- Cara ini boleh mempastikan tulang belakang anda lurus dan dapat melihat ke hadapan/laluan.
- Semasa mengangkat pastikan tangan anda sentiasa lurus dan siku berkedudukan ke dalam.
- Jangan mengubah cengkaman semasa mengangkat beban tersebut.
- Jangan samasekali berpusing semasa mengangkat beban, sebaliknya gunakan kaki anda untuk berpusing kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.
T : Turn Your Feet in the Direction that you want to move the load.
- Elakkan perbuatan tidak perlu seperti membongkok, memusing dan menggapai.
- Jika perlu pusing, gunakan kaki anda dan bukannya memusingkan badan anda.
- Bercangkung untuk menurunkan beban tersebut, juga dalam keadaan tulang belakang lurus.
Faktor risiko ialah aktiviti mengangkat beban secara berbahaya yang menjurus kepada masalah kerangka badan. Berikut adalah faktor-faktor risiko ergonomik:
Postur Badan Tidak Sesuai
Bermaksud anggota badan tidak berada dalam keadaan neutral semasa melakukan kerja. Keadaan neutral semasa melakukan kerja akan melibatkan otot-otot yang lebih besar. Ini dapat mengurangkan masalah kesakitan pada otot, tulang dan sendi. Melakukan kerja tidak dalam keadaan neutral seperti membongkok, memusing badan, menjengket mengunakan otot-otot yang lebih kecil, dan ini memenatkan badan selain menimbulkan masalah kesakitan rangka badan (Metcash Food & Grocery, n.d.).
Faktor persekitaran tempat kerja yang tidak menepati prinsip-prinsip ergonomik seperti ruang kerja yang sempit , terlalu tinggi, rendah dan sebagainya akan menyebabkan pekerja terpaksa membongkok dan berpusing, membongkok ke hadapan, memusingkan pergelangan tangan, melakukan capaian yang melampau.
Foto 7: Contoh capaian melampau |
Foto 8: Memusingkan badan semasa mengangkat beban |
Pergerakan berulang-ulang.
Otot yang sama akan digunakan secara berulang-ulang. Anggota badan terlibat tidak dapat berehat secukupnya dan berlakulah ketidakselesaan dan kesakitan kepada pekerja.
Postur badan statik
Dalam keadaan statik, otot-otot badan tidak mampu mengepam darah yang mengandungi karbon dioksida dan bahan kumuhan badan daripada anggota badan. Ia juga tidak mampu untuk mendaptkan darah yang mengandungi oksigen. Kesannya, penat dan kesakitan pada anggota yang terlibat.
Tekanan sentuhan
Merujuk kepada pemicitan ke atas salur darah, otot-otot, tendon akibat penggunaan sebagai contoh pemutar skrew yang tidak berlapik. Apabila pengecutan saluran darah berlaku, aliran darah pada anggota terlibat akan berkurangan. Ini menyebabkan rasa kebas dan sakit pada anggota yang digunakan.
Faktor persekitaran
Merujuk kepada getaran yang dihasilkan daripada mesin yang digerakkan oleh kuasa elektrik akan menyebabkan getaran tangan lengan. Sumber getaran seperti chainsaw, concrete breakers, hand-held grinders, metal polishers, hammer drills. Faktor persekitaran juga merujuk kepada pencahayaan. Pencahayaan yang terlalu gelap akan meningkatkan kesilapan serta risiko kemalangan. Pencahayaan yang teralu terang menyebabkan mata letih yang boleh menjurus kepada sakit kepala dan sebagainya.
Julat cahaya yang dicadangkan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ialah 200 Lux bagi kerja-kerja am, 400 Lux bagi kerja rutin pejabat dan 600 Lux untuk proof reading. Suhu yang terlalu sejuk atau panas akan mengakibatkan pengudaraan yang tidak baik yang menjurus kepada symptom SBS. Julat suhu yang dicadangkan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ialah 20 -26 darjah celcius. Bunyi bising bukan sahaja menjejaskan pendengaran malah menganggu tidur, tahap kognitif, menaikkan kadar denyutan nadi dan tekanan darah.
Sumber: MyHealth
BalasPadamAJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)