Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Manusia Sahaja Boleh Kena Kanser, Kucing Pun Berisiko Juga, Ini 8 Tanda Yang Wajib Pemilik Kucing Perhati Selalu

7 Mei 2018
2 ulasan

Kanser adalah antara penyakit yang sangat ditakuti oleh manusia. Antara jenis kanser-kanser yang biasa dialami oleh manusia adalah kanser tulang, kanser pangkal rahim dan barah otak. Namun begitu, penyakit kanser ini bukanlah penyakit khusus untuk manusia sahaja. Ia juga menjadi punca kematian terutama kepada haiwan-haiwan belaan seperti kucing dan anjing.

Yang bezanya, haiwan-haiwan ini tidak boleh memberitahu penyakit kanser yang dialami. Bagaimanapun haiwan ini seperti kucing boleh menunjukkan tanda-tanda bahawa ia mungkin menghidapi penyakit kanser.

Jadi bagaimana anda sebagai pemilik kucing mahu mengenal pasti sama ada kucing anda menghidap kanser atau sebaliknya? Ini 8 tanda-tandanya :

1. Sering menyorok atau menghilang secara kerap


Kucing memang gemar bersembunyi atau berada bersendirian di tempat-tempat tertentu. Bagaimanapun anda perlu lebih peka sekiranya kucing anda kerap sahaja menghilang, gemar bersembunyi seperti berada di bawah katil atau di tempat-tempat yang sukar dicapai. Ia mungkin sedang memberi isyarat kepada anda mengenai kesihatannya.

Menurut Dr. Jakel Zaidel, pengasas Hospital Haiwan Malta di Amerika Syarikat, kebanyakkan pemilik haiwan yang hadir menerima rawatan di hospital miliknya memaklumkan kucing mereka kurang bersosial dan tidak mahu makan seperti biasa apabila berada dalam keadaan sakit.

Walaupun perubahan tingkah laku ini tidak seratus peratus menandakan kucing anda menghidap kanser, namun ia petanda bahawa anda perlu membawa kucing tersebut berjumpa dengan Veteriner.

2. Hilang berat badan


Kehilangan berat badan adalah simptom utama yang ditunjukkan oleh kucing yang menghidapi penyakit kanser. Menurut Dr. Zaidel, kucing yang kehilangan berat badan seringkali menghidapi penyakit tumor gastrointestinal.

''Jika kucing anda pada kebiasaannya sangat menikmati makanan, namun berubah dan tidak mahu lagi menikmati makanan yang disediakan, ia petanda yang perlu dirisaukan,'' katanya.

Namun begitu katanya, ada juga kucing yang terkena kanser namun tidak menunjukkan tanda-tanda hilang selera makan.

3. Perubahan pada bahagian mulut


Timbul biji-biji kecil seperti jerawat, benjolan, bau yang aneh, pendarahan, atau perubahan warna gusi boleh menjadi tanda bahawa kucing anda menghidapi penyakit kanser mulut, terutama untuk kucing yang sudah tua. Malangnya, ramai pemilik kucing tidak menyedari tanda-tanda yang ditunjukkan oleh kucing mereka hinggalah ia sudah pun terlambat.

''Kami seringkali menemui tanda-tanda fizikal kucing yang menghidapi penyakit kanser mulut kerana tuan mereka tidak memeriksa atau mengambil berat tanda-tanda tersebut,'' ujar Dr. Zaidel.

4. Pendarahan hidung


Pendarahan hidung pada kucing bukan suatu perkara yang remah terutama jika ia dialami oleh kucing tua kerana ia tanda kepada berlakunya kanser hidung pada haiwan tersebut.

Jika ia dialami oleh kucing yang lebih muda, ia mungkin bukan berpunca daripada penyakit kanser, sebaliknya kemungkinan besar ada objek asing yang masuk ke dalam atau merosakkan rongga hidung kucing anda.

5. Cirit-birit atau perubahan habit ketika berhadas


Cirit-birit seringkali dialami oleh kucing, namun sekiranya ia dialami secara kerap atau berterusan untuk tempoh tertentu, maka ia adalah tanda yang perlu diberi perhatian serius. Penggunaan kotak pasir secara kerap, kelihatan sukar untuk berhadas atau ada kesan darah pada najis atau air kencing adalah tanda-tanda lain kucing anda menghidapi kanser.

Anda juga perlu sentiasa memerhati muntah kucing, sama ada ia disebabkan bola bulu ataupun sebaliknya.

6. Sering mengalami sawan


Kucing yang sering mengalami kekejangan boleh menjadi tanda kepada wujudnya tumor pada kucing anda, terutamanya kucing lebih tua. Jika anda mula perasan dengan perubahan kucing seperti kerap bersin, sering menhentak kaki atau mulut berbuih, sering mengunyah, kucing anda mungkin sedang mengalami sawan, dan berjumpa dengan veteriner adalah langkah bijak.

Percaya atau tidak, kucing anda juga boleh mengalami sawan atypical, sawan yang menunjukkan tanda-tanda tidak klasik seperti garang secara tiba, histeria, kucing manja menggigit tuan, mengunyah secara berlebihan. Perhatikan tanda-tanda ini.

7. Perubahan pada kulit.


''Setiap biji kecil, bennjolan dan perubahan pada kulit kucing perlu diperiksa,'' kata Dr Zaidel.

Ia boleh menjadi tanda-tanda biasa atau tanda yang lebih serius. Jika anda merasakan benjolan atau biji yang timbul selain perubahan pada warna kulit, bawah berjumpa dengan pakar segera kerana tiada cara yang dapat menentukan sama ada tanda-tanda tersebut adalah biasa atau malignan kecuali dengan mengambil sampel.

Periksa juga kesan luka pada kucing anda terutamanya jika luka tersebut sukar sembuh.

8. Pertambahan berat badan mendadak


Jika kucing anda menikmati makanan pada amaun biasa, tetapi mengalami pertambahan berat badan selain tidak gembira, bawahlah kucing tersebut berjumpa dengan veteriner kerana ia mungkin sedang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser.

Walaupun kucing gebu dan montel menggembirakan anda, namun anda langsung tiada hak untuk mengabaikan perubahan fizikal secara mendadak dan membuat kucing anda menderita. Bertimbang rasalah.

Sumber : Reader Digest
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [ Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games ]

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "