(Video) Bayi Berusia 16 Hari Ditemui Mati Di Dalam Perigi Akibat Tercampak Ketika Dilarikan Monyet
Seorang bayi baru dilahirkan berusia 16 hari yang tular kisahnya dilarikan monyet telah ditemui mati di dalam sebuah perigi di perkampungan Odisha Talabasta, di India.
Sebelum ini, gerakkan besar-besaran yang dilancarkan oleh pihak berkuasa negara itu dalam mencari bayi malang itu gagal menemukan lokasi dimana bayi itu di bawa lari.
Jasad bayi malang itu telah ditemui sendiri oleh ahli keluarganya apabila mereka mendapati ada jasad bayi terapung di dalam sebuah perigi berkedalaman 15 kaki. Mereka kemudiannya mendapatkan bantuan penduduk kampung yang lain bagi mengeluarkan mayat tersebut.
Lebih mengharukan apabila sekeping gambar memaparkan keadaan bapa kepada bayi tersebut, Ramakrushna Nayak yang meniarap di atas tanah akibat berduka cita sebaik sahaja mengetahui bahawa anaknya ditemui mati.
Menurut saksi, ketika bayi itu ditemui mereka mendapati terdapat kesan luka pada tubuh badan bayi tersebut dan menjangkakan ia berada di dalam perigi lebih daripada 24 jam. Jasad bayi itu kemudiannya di hantar ke Hospital Banki untuk di bedah siasat.
''Kami masih menunggu laporan bedah siasat untuk mencari punca kematian. Bayi pramatang itu dilahirkan melalui pembedahan,'' kata pegawai penyiasat Priyabrat Rout.
Walaupun begitu, bayi itu meninggal dunia dipercayai akibat tercampak ke dalam perigi ketika dilarikan oleh monyet, namun pihak berkuasa ketika ini masih menjalankan siasatan dan mengambil kira semua kebarangkalian yang menjadi punca kepada kematian bayi tersebut.
Ketika kejadian, bayi tersebut dipercayai sedang tidur dan di bawah pengawasan ibunya. Ibunya mendakwa melihat monyet telah melarikan bayi tersebut sebelum memaklumkan kepada penduduk kampung untuk mendapatkan bantuan. Mereka kemudiannya melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa.
Penduduk kampung juga mendakwa bahawa aktiviti monyet di kampung tersebut semakin berleluasa sehingga menyebabkan mereka kerugian harta benda, dan kini ia melibatkan kehilangan nyawa.
Menurut mereka, Banki yang suatu ketika di anggap sebagai taman dapur kepada dua bandar Cuttack dan Bhubaneswar, kerana menjadi pembekal sayuran hijau segar kini terancam akibat ancaman yang dibawakan oleh monyet-monyet yang berkeliaran.
Sumber : NDTV
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877