Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahukah Anda, Para Lelaki Bahawa Duduk Dengan Dompet Di Poket Belakang Boleh Menyebabkan Kecederaan Saraf Tulang? - Kajian

16 Apr 2018

Mesti ramai lelaki yang gemar letak dompet dekat poket belakang dan apabila duduk pula, dompet tidak dikeluarkan.  Tahu tak? tanpa kita sedar sebenarnya posisi duduk dengan poket yang diletakkan pada poket belakang mengundang bahaya.

Bahaya bagaimana pula tu?

Menurut perkongsian Publich Health Malaysia, tabiat ini akan menyebabkan saraf-saraf tulang belakang tercedera.  Bayangkan seharian dipejabat dengan posisi kedudukan sedemikian? Jom baca fakta kesihatan dibawah, semoga selepas ini para lelaki alihkanlah dompet sebelum duduk ya!

Kenapa kita harus mengelakkan daripada meletakkan dompet/telefon di poket punggung sewaktu duduk?



Pernahkah anda berasa malas untuk mengeluarkan dompet daripada poket belakang? Golongan lelaki kebiasaanya akan meletakkan dompet di poket punggungnya. Dan dompetnya kebiasaan tebal sebab penuh dengan resit belanja dan kad-kad yang tebal. Tapi, tahukah anda jika anda duduk dengan dompet di poket, anda terdedah dengan pelbagai isu.

Dompet yang tebal selalu mengundang masalah punggung tidak rata apabila duduk. Ini akan menyebabkan tulang belakang kita terpaksa membengkok untuk menyeimbangkan badan supaya menjadi tegak semula pada kedudukan seimbang.

Namun, akibat daripada itu, otot-otot yang membantu menyokong tulang belakang anda terdedah kepada kecederaan akibat daripada stress yang dialami. Di samping itu, saraf-saraf tulang belakang juga boleh cedera akibat posisi yang tidak baik ini.



Memandu dengan dompet di belakang pada waktu yang singkat selama 30 minit juga terdedah kepada sakit belakang dan sakit skiatika. Apa lagi jika ianya dilakukan sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur ke rumah anda lebih-lebih lagi di waktu PRU yang mungkin kebanyakan lebuh raya sesak dan memanjangkan masa perjalanan anda.

Jika perkara ini berpanjangan, anda juga mungkin berisiko untuk mengalami sakit belakang yang kronik dan memerlukan rawatan seperti fisioterapi, pembedahan, atau perlu menggunakan ubat tahan sakit seumur hidup.

Jadi, langkah terbaik untuk mengelakan perkara ini berlaku adalah dengan mengeluarkan dompet di poket punggung setiap kali anda duduk dan letakkan di poket hadapan.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "