''Its All My Faults'',Luahan Sayu Permohonan Maaf Seorang Anak Kehilangan Ibu Bapa Dalam Kemalangan
Seorang anak tidak menyangka bahawa kereta yang dipandunya bakal terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa ibu bapanya sendiri. Dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 413.3 Lebuh Raya Utara-Selatan itu, kenderaan jenis Perodua Alza tersebut dipandu oleh anak mangsa Faiz Hakim Darwis, 18 tahun terbabas dan terjunam ke dalam longkang dipercayai akibat hilang kawalan.
Namun, apa yang mengharukan adalah kemas kini yang dibuat oleh anak mangsa yang juga pemandu kenderaan tersebut, Faiz yang dibuat di akaun Instagramnya.
''Along minta maaf abah, along tak patut drive kereta masa tu. Its all my faults'', luah Faiz.
Luahan Faiz yang merasa bersalah atas kejadian yang berlaku telah dimuat naik oleh seorang pengguna twitter, Ahmad Arif pasti membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya tersentuh.
Dalam kemalangan tersebut, ibu kepada Faiz sendiri, Zahera Ahmad, 55, maut di tempat kejadian apabila tercampak keluar daripada kenderaan akibat impak kemalangan.
''Along doakan mak sejahtera dan aman di sana mak, jumpa wa dan atok di syurga nanti. Along tak sempat balas jasa mak lagi, tak jadi imam ketika solat jenazah mak, hmm.'' luah Faiz lagi.
Pada mulanya, ketika Faiz memuat naik perkongsian ini, ayahnya Darwis Sanja, 46, yang juga terlibat dalam kemalangan tersebut masih terlantar di hospital akibat cedera parah.
Namun tidak lama selepas itu, melalui perkongsian keluarganya yang terbaru, ayahnya juga sudah pun kembali ke rahmatullah.
Kami di sini mengucapkan takziah kepada Faiz sekeluarga dan semoga kedua-dua orang tuanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, amin. Al-Fatihah.
Sumber : Ahmad Arif , Kosmo Online