Melalui rekod statistik Malaysian AIDS Council, 40% daripada pesakit yang didiagnos terdiri daripada golongan remaja berusia 20 hingga 29 tahun, diikuti dengan 31% yang tergolong daripada mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun.
Selain dipengaruhi melalui suntikan dadah, kajian menunjukkan individu dijangkiti HIV adalah melalui seks bebas. Dalam hal ini, golongan muda menunjukkan peningkatan peratusan yang sangat tinggi dijangkiti HIV sebelum usia 30 tahun.
Penularan wabak ini dikalangan remaja wajar diberi perhatian serius kerana kejahilan mereka menyebabkan ramai lagi yang bakal dijangkiti. Seorang anak muda berumur di antara 15–24 tahun mendapat jangkitan HIV setiap 15 saat manakala 15 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia telah menjadi anak yatim disebabkan oleh AIDS. Di Malaysia, jangkitan-jangkitan HIV yang baru kini berganda dua kali setiap tiga tahun dengan purata 17 orang diuji HIV positif setiap hari.
Sakinah Sulong, seorang doktor berkongsi pengalaman berhadapan dengan remaja yang telah didiagnosis HIV kerana telah lama dibelah oleh 'abang angkat' dan guru sekolahnya sendiri. Perkongsian doktor ini diharap dapat membuka mata orang ramai, serta ibu bapa untuk lebih peka dengan perlakuan anak-anak di luar. Ini kerana, HIV adalah penyakit virus yang sehingga kini tidak ada cara penyembuhan dan mampu merebak dengan aktiviti seks bebas jika tidak dibendung.
MasyaAllah.
Mendidih darah,
Merenyam mata dan hati,
Padanlah penyakit bawaan seksual di kalangan lelaki muda makin meningkat. Saban hari, my MO di OPD akan highlight about cases yang student lelaki muda-muda dah datang dengan komplen keluar nanah atau gatal kemaluan. Semuanya belasan tahun. Masih hingusan. Tanpa pengetahuan ibubapa masing-masing.
Siflis,
Gonorrhea,
Hepatitis B atau C
Malah ada yang dapat HIV!
Teringat seorang pelajar yang saya jumpa bulan lepas (bukan dalam gambar) Memang muda sangat-sangat. Baik rupanya, bagaikan pijak semut tak mati.
Bila pandang dia, teringat kat adik-adik saya yang ramai jejaka. Nak menangis pun ada. Kesian!
Tapi dia nampak redha. Macam dah bersedia dengan diagnosis HIV yang diterima.
Bila ditanya, rupa-rupanya dia dah 2-3 tahun dibela oleh 'abang angkat'. Diangkut ke sana ke mari. Malah pernah juga diangkut oleh guru sekolah sendiri.
Bukan dia seorang!
Ada beberapa orang yang macam dia.
Dah ada group WA atau secret group di fb.
"Menyesal tak?" Saya pernah tanya dia. Dia tunduk, "entah lah Dr, kena terima lah. Sekarang saya nak makan ubat je"
"Awak dah bagitahu abang angkat awak? Dia kena check jugak tu"
Dia geleng kepala, "saya dah tak tahu mana dia sekarang. Kitaorg dah break tahun lepas"
Aduhhhh, mana la kami nak cari abang angkat dia ni. Ini penting untuk mengetahui status abang angkat ni, andaikata dia juga positive HIV, dia boleh menyebarkan pada ramai budak-budak lain. Entah berapa ramai lagi mangsa nafsu serakah manusia macam ni!
Kalau dulu-dulu, orang kata susah jaga anak perempuan, takut dirosakkan.
Sekarang anak-anak lelaki pun boleh terpalit sama!
Ya Allah, mana lah tak bergetar hati kita ibu bapa semua. Anak-anak muda yang masih mentah dijadikan mangsa oleh syaitan bernafsu songsang!
Rasa-rasanya apa hukuman yang layak bagi pemangsa macam ni?
Siakapkeli.my
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
BalasPadamGabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877