Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Demi Mencari Keberkatan Dalam Berniaga, Wanita Ini Kongsi 3 Langkah Mudah Simpan Zakat Perniagaan Secara Harian

15 Apr 2018
2 ulasan

Menurut laman web Pusat Pungutan Zakat MAIWP, zakat perniagaan bererti zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi mengira kadar zakat yang perlu dibayar, Ayuni Sarah Baharuddin melalui laman Facebook miliknya telah berkongsi cara mengira zakat perniagaan harian secara mudah dengan hanya 3 langkah!

ZAKAT PERNIAGAAN HARIAN
3 langkah mudah :

1. Untung Harian (sales - kos)
x 0.025 (2.5% zakat)

2. kumpul dalam tabung khas.
(ayu buat online so duit dalam akaun bank. Just tulis nota dalam buku)

3. Hujung bulan hantar ke pusat zakat.
(kalau malas ke kauter... E-zakat kan ada)

Ayu baru belajar mendisiplinkan diri.
ilmu yang baru diperoleh.
Sebelum ini ayu hanya infaq sahaja hasil dari keuntungan.



Syarat Wajib Zakat Perniagaan

  • Muslim. Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
  • Sempurna Milik. Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
  • Cukup Nisab. Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
  • Cukup Haul. Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
  • Niat Berniaga. Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.
  • Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal. Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "