Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Daki Bukit Batu Caves Nak Pasang Bendera Parti Politik, 20 Lelaki Sesat Tak Jumpa Jalan Turun

16 Apr 2018

16 April - Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Ke -14 yang telah ditetapkan pada 9 Mei 2018, semua parti politik yang bertanding telah membuat persediaan untuk menghadapi PRU kali ini.

Antara aktiviti yang wajib diadakan oleh setiap parti adalah memasang poster dan bendera di tepi jalan, di kampung-kampung dan taman-taman perumahan untuk menunjukkan bahawa parti mereka serius untuk menghadapi PRU kali ini.

Malam tadi telah berlaku satu peristiwa yang tak dijangka apabila sekumpulan lelaki yang dikatakan baru lepas memasang bendera parti politik di puncak bukit batu caves sesat dan tidak menemui jalan untuk turun semula ke bawah.

Dua puluh lelaki yang mendaki bukit Batu Caves untuk meletakkan bendera parti politik di puncak bukit berkenaan tidak menemui jalan turun ke kaki bukit di Lorong Cempaka Kampung Gombak Indah, Gombak, malam tadi.
\

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mereka yang berusia antara 20 hingga 70 tahun itu didapati sesat ketika cuba menuruni bukit berkenaan petang semalam, sebelum hari gelap.

"Mereka dikatakan mendaki bukit itu 9.30 pagi untuk memasang bendera sebuah parti, namun tidak dapat turun kerana keadaan gelap dan lampu kehabisan bateri.

"Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ali berkata, semua mangsa berjaya dibawa oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Gombak, BBP Serdang dan BBP Kepong 12.30 tengah malam tadi sebaik tiba di lokasi kira-kira 10 malam.

"Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, semua mangsa tidak cedera, namun dalam keadaan lemah ketika dibawa turun," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan mangsa diberikan makanan ringan dan air selain melakukan pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di pusat operasi di kaki bukit berkenaan.















Sumber: Di Tanahku Terjadinya Bencana

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama atau jalan sesat. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "