Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siapa Sangka Rupanya Daun Herba Dengan Lemon Boleh Jadi 'First Aid Herbs' Sebagai Rawatan Alternatif Untuk Anak Yang Batuk Dan Selsema

22 Feb 2018
2 ulasan

Penyakit batuk dan selsema sering kali menyerang bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang dalam proses menguatkan imun diri. Meskipun penyakit ini di anggap perkara biasa, namun jika tidak dirawat dengan cara yang betul, batuk dan selsema boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti pneumonia, bronchitis, pneumonia atau penyakit asma.

Selain perubatan moden, terdapat petua dan cara alternatif yang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh dicuba bagi merawat batuk dan selesma ini.

Entri kali ini berkongsi tips dan kaedah rawatan 'First Aid Herbs'  menerusi perkongsian daripada Puan Yatie Eimra yang menggunakan bahan-bahan semulajadi serta mudah didapati.

Mari ikuti perkongsian tips bermanfaat ini.


First Aid Herbs 

Batuk & selsema datang lagi..! Sekarang ni rata² anak kecik demam, batuk & selsema. Kalau bukan jangkit dari family member pun, jangkit dari orang luar. Masa gi klinik pun ramai bebudak yang demam & batuk.

Dah 4 hari Fydh demam selsema, tapi tengah² malam hari ke-2 baru start batuk². Selagi batuk & selsema tak kurang ni, memang demam dia on-off.. Alhamdulillah demam dia terkawal, (< 37.8°c) tapi kesian sebab kerap sangat terbatuk² dalam 5-10 minit sekali. Masa doc check - tekak merah sangat & bengkak.. Patutlah si kecik ni asyik merengek je & langsung tak nak makan..

Waktu² macam ni lah gunanya daun² herba & tip kurangkan batuk/selsema bagai. Ia boleh digunakan sebagai kaedah alternatif DISAMPING pengambilan ubat yang dipreskripsi oleh doktor (bagi anak 2 tahun ke atas la.. Penggunaan ubat batuk & selsema tak dibenarkan untuk kanak² bawah 2 tahun).

Saya memang sentiasa simpan stok daun² herba & hirisan lemon sebagai first aid herbs. Kebetulan semalam baru restock, saya tunjukkan sekali cara saya simpan. Manalah tau ada mak² nak simpan cara ni untuk kegunaan saat² tak terduga. Sebelum simpan dalam plastic ziplock pastikan lapik dengan tisu dapur/guna surat khabar pun boleh. Simpan pada pintu bahagian freezer supaya mudah nak ambil time emergency. Daun² ni boleh bertahan sehingga 4-5 bulan (lebih lama sebenarnya tapi saya tak pernah simpan lelame sangat). Daun sirih elok untuk kurangkan batuk, daun salam lak elok untuk lancarkan pernafasan. Lemon tinggi vitamin C, untuk up kan imun badan & kurangkan panas gak. Daun salam lak simpan kat dapur je. (p/s: daun kemuning tu tuk emergency umminyer sakit pinggang PMS.

Sebagai Air Mandian


Untuk gunakan sebagai air mandian, biasanya saya gunakan 5-7 helai daun sirih & 3 helai daun salam. Sebabkan anak selsema, saya tambahkan ½ inci kunyit hidup (diketuk) sikit.

 Lepas air mendidih, biarkan dalam 10-15 minit sebelum tutup api. Bila dah suam, ramaskan hirisan lemon. Guna air ni sebagai bilasan terakhir. Kalau anak suka berendam lagi bagus, tambah je air rebusan daun dalam air rendaman.

Tak perlu lap kering² sangat. Lepas mandi, kalau mak² rajin.. terus sapukan minyak bawang putih lak pada dada, belakang & tapak kaki anak. Daun yang sama boleh rebus 2x. Tapi kesan dia takdelah macam rebusan pertama.

Lepas mandi, paling ketara sekali si kecik ni kurang bersin & hingus pun berenti meleleh. Bila badan dah segar, mulalah dia melompat & memanjat bagai sampai tak larat balik 😅

Selain buat air rebusan, boleh juga layurkan daun sirih & tekap pada dada anak. Selalunya saya buat cara ni masa anak tidur.

Sumber- Yatie Eimra
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "