Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dituduh Dan Dipaksa Mengaku Curi Telefon Bimbit, Pemandu Grab Ini Dakwa Dipukul Seorang Penumpang Lelaki

15 Feb 2018

15 Feb - Malang menimpa seorang pemandu Grab dari Filipina apabila beliau mendakwa dibelasah oleh seorang penumpangnya yang menuduh beliau mencuri telefom bimbit miliknya, Lapor Inquirer.

Pemandu yang bernama Armando Yabut, dikatakan telah mengambil dan menghantar seorang penumpang lelaki itu ke destinasi. Bagaimanpun, telefon bimbit lelaki terbabit tertinggal di dalam keretanya.

Menyedari perkara itu, Armando melaporkan perkara itu ke pihak Grab bagi mengesan penumpang berkenaan agar telefon bimbit itu dapat dipulangkan kepada pemiliknya.


Setelah beberapa jam, Armando berjaya menghubungi penumpang lelaki itu, Jinno John Simon dan mereka bersetuju untuk berjumpa di rumahnya di Bandar Quezon.

Malangnya, apabila Armando tiba di rumah tersebut dan ingin memulangkan telefon bimbit terbabit, Simon didakwa bertindak memukul Armando dan menuduh dia mencuri telefon bimbit milik Simon.

Kejadian menjadi lebih teruk, apabila Armando dipaksa menandatangani satu surat pengakuan bahawa dia mengaku dia mencuri telefon bimbit tersebut dan perlu membayar ganti rugi kepada Simon.

Armando terpaksa menandatangani surat tersebut selepas Simon dikatakan mengugutnya mahu mengancam isterinya yang sedang sarat mengandung.

Dalam sidang media Selasa lalu, Armando telah mendedahkan identiti Simon dan kini dia mahu memfailkan saman terhadap lelaki berkenaan yang bekerja sebagai artis tatu, atas dakwaan menyerang dan menyebabkan kecederaan pada dirinya. Namun, menurut peguam Armando, Simon telah menghilangkan diri selepas kejadian itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, live casino, ibcbet, s4bung 4yam, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "