Di dalam Malaysia juga banyak tempat menarik yang anda boleh di lawati bersama rakan-rakan atau keluarga tercinta. Namun, kata orang "jauh perjalanan luas pemandangan."
Pasti ramai daripada anda yang mempunyai tempat pelancongan impian untuk anda lawati di luar negara. Seorang pengguna Twitter, Nur Natasha telah membuat satu thread tentang 20 tempat pelancongan di luar negara yang wajib anda lawati sekali seumur hidup.
Thread ini juga mampu membantu anda memilih tempat-tempat yang menarik untuk anda kunjungi. Bukanlah nak kata tempat pelancongan di Malaysia tidak bagus, cuma sesetengah orang lebih suka menerokai budaya dan cara hidup masyarakat luar yang unik dan menarik.
Melalui thread ini juga, pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga sudah tentu boleh memilih salah satu lokasi untuk dijadikan tempat berbulan madu paling romantis buat mereka.
Tempat-tempat yang di cadangkan oleh Natasha ini merangkumi seluruh benua, termasuk Asia Tenggara hingga ke benua Eropah. Sudah tentu budaya dan cara hidup di negara lain berbeza secara keseluruhannya untuk anda terokai.
Jom ikuti thread yang dilengkapkan oleh Natasha ini tentang 20 tempat percutian menarik yang wajib anda lawati. Semoga bermanfaat.
20 tempat yang korang wajib pergi sekali seumur hidup ! ๐— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
.
Ini adalah THREAD
1. Lempuyang Temple kat Bali, Indonesia ๐ฎ๐ฉ— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
Ada org panggil ni as ‘The Gateway to Heaven‘. Boleh sentuh awan gittew. Pura Lempuyang ni berada di puncak Gunung Lempuyang. Dalam 1,175m dari aras laut. So kalau nak pegi, bawak baju tebal dan stamina yg kuat ! ๐ช๐ฝ pic.twitter.com/vR74HOrYXs
2. Blue Lagoon, Iceland ๐ฎ๐ธ— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
Aktiviti geothermal kat sini sangat mengagumkan sampai terbentuk la spa. Siap ada kolam air panas semula jadi bewarna biru kehijauan. Kat sini, beg plastik untuk pakaian basah, shower, hair dryer and mcm2 kemudahan lagi dah tersedia. pic.twitter.com/knqM6KC5ZL
3. Hot Air Balloon Cappadocia, Turkey ๐น๐ท— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
Kos naik hot air balloon kat sini diantara yg termurah kalau nak dibandingkan dgn negara lain. Aktiviti ni wajib buat kalau pegi Turkey. pic.twitter.com/mverxW1pxw
4. Stonehenge di Salisbury, UK ๐ฌ๐ง— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
Ni more to port bergambar. Tumpuan batu besar melingkar ni dah wujud dari zaman dahulu kala lagi pic.twitter.com/nRjXH4hwht
5. Love Lock Paris di France ๐ซ๐ท— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
Ni ala ala mcm kat Bukit Bendera tu.. kuncilah cinta korg dgn partner masing-masing. Jgn disailang ! pic.twitter.com/A8INQzecOh
6. Tembok Besar China ๐จ๐ณ— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
Ini best ! Salah satu keajaiban dunia ni. Naik la a few checkpoint yg larat. Korg akan dapat sijil tau pic.twitter.com/jpvdVGvcFm
7. Eiffel Tower di Paris, France ๐ซ๐ท— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
The city of love gittew. Kalau datang berdua tu, naik la Eiffel Tower ni sampai atas sekali. Tengok view Bandar Paris dgn angin sepoi sepoi, nak pulak time tu tengah nak Sunset. Woww ๐ ‘Yang, jom pegi ! ๐‘ pic.twitter.com/AoqcQ65U5k
8. Northern Light, Sweden ๐ธ๐ช— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
Aurora Borealis ๐ payah ni nak explain cemana aurora ni terhasil. Kene buat satu thread khas ๐ yg pasti ini sangat rare ! Tengok aurora dancing depan mata. My bucketlist ! pic.twitter.com/KMRXBRqUID
9. Fushimi Inari Shrine di Kyoto, Japan ๐ฏ๐ต— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
Dikenali sebagai tempat suci yg terkenal di Jepun. Attraction dia kayu-kayu oren ni disusun yg dikenali sebagai torii sepanjang jalan ke Gunung Inari. Percuma je nak masuk sini so wajib pegi ! pic.twitter.com/bUUweXV3gn
10. Grand Canyon di Amerika ๐บ๐ธ— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
Kat sini ada Skywalk, kalau berani boleh cuba. View sangat ohsem weh.. boleh pegi sebab tempat ni pun rare ๐ pic.twitter.com/lRR5uK6tbR
Pulau Jeju menjadikan percutian pantai lebih mengujakan dengan tawaran pemandangan pulau yang indah dan sejarah yang menarik.— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Sekiranya anda begitu menghayati alam semulajadi, Pulau Jeju adalah pilihan yang bijak. pic.twitter.com/Uwhp6dLKO2
Jambatan Golden Gate di San Francisco— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
San Francisco menawarkan banyak mercu tanda yang terkenal untuk dikunjungi.
Menjadi lokasi penggambaran untuk banyak filem Hollywood terkenal.
Jangan ketinggalan untuk melompat di atas laluan tram ikonik ini. pic.twitter.com/tyMvA6bufL
13. Guilin, China— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Jangan lepaskan peluang melihat keindahan matahari terbenam di kawasan padi bertingkat di Longsheng.
Bandar ini terkenal dengan pembentukan Karst (batu kapur yang terhakis) yang mempamerkan pemandangan indah ketika anda belayar ke Sungai Li. pic.twitter.com/4vkMAYbXCk
14. The Hobbit House - Being Somewhere— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Menjadi tempat penggambaran file Hobbit dan Lord of The ring.. Yang menariknya, tempat ni sebijik dgn apa yang kita tgk dalam movie tu..
2 jam perjalanan dari Auckland.. Berbaloi utk pergi lagi2 anda peminat filem2 ni.. pic.twitter.com/R8WZfLyACF
15. Lofoten Islands, Norway— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Pemandangan di sini tersangat-sangatlah cantik dan menakjubkan. Kalau pemandangannya sahaja tidak cukup bagi anda, di sini juga ada Rรธst Reef, iaitu terumbu karang air laut yang paling besar di dunia! pic.twitter.com/BVgq3UGCXW
15. Lofoten Islands, Norway— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Pemandangan di sini tersangat-sangatlah cantik dan menakjubkan. Kalau pemandangannya sahaja tidak cukup bagi anda, di sini juga ada Rรธst Reef, iaitu terumbu karang air laut yang paling besar di dunia! pic.twitter.com/BVgq3UGCXW
17. Aogashima, Jepun— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Pulau yang begitu hijau ini terletak beratus-ratus batu dari tanah besar Jepun dan didiami oleh hanya sekitar 200 orang penduduk . Ianya merupakan antara pulau gunung berapi yang paling cantik, dan yang paling menghairankan adalah betapa hijaunya pulau ini. pic.twitter.com/dQMD8sHJBW
18. Crooked Forest, West Pomerania, Poland— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Hutan ini dinamakan dengan nama ‘Crooked Forest’ kerana bentuk pokok-pokok pinusnya yang pelik. Kenapa dan macam mana pokok-pokok di sini boleh tumbuh melengkung, tiada siapa yang tahu sebab yang jelas. pic.twitter.com/fFlUK2f6Fu
19. Huacachina, Peruvian Desert, Peru— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Kawasan di tengah-tengah padang pasir yang subur dan mempunyai air serta tumbuhan disebut sebagai oasis. Bunyi macam pelik je kan? Tapi tempat sebegini memang wujud. Dan salah satu oasis yang paling cantik di dunia ada di Peru pic.twitter.com/EcM0GxdjSP
20. Darvaza Gas Crater, Turkmenistan— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Darvaza Gas Crater ini sebenarnya merupakan medan gas asli di Derweze, Turkmenistan yang telah diruntuh ke dalam secara tidak sengaja oleh jurutera petrokimia Soviet, lalu menjadi sebuah kawah gas asli. pic.twitter.com/MedpnHDm9a
Siakapkeli.my
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
BalasPadamJangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
BalasPadamGabung dengan kami (www.updatebetting.co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.