Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Vitamin Kunyah Memang Sedap, Tetapi Kandungannya Mungkin Lebih Banyak Bahaya Berbanding Kebaikkan Nutrisi Yang Dijanji

5 Dis 2017

Menurut kajian terbaru yang dibuat oleh ConsemerLab.com, vitamin kunyah (chewing gummy vitamins) didapati tidak membekalkan nutrisi yang sepatutnya.


Walaupun ia enak dikunyak kerana mempunyai perasa manis, ujian yang dilakukan menunjukkan bahawa vitamin jenis tersebut mempunyai terlalu banyak atau terlalu kurang nutrisi yang diperlukan berbanding apa yang dipaparkan pada lebel produk.

ConsumerLab.com menjalankan siri ujian dengan membandingkan 50 jenis multivitamin yang berbeza dan mendapati 80 peratus vitamin kenyal (gummy vitamin) tidak mencapai piawaian makanan tambahan yang ditetapkan.

Ketika pengguna kini cenderung untuk menggantikan vitamin pil dengan vitamin kunyah, pakar nutrisi bagaimanapun mengingatkan orang ramai bahawa perasa manis yang ada di dalam vitamin kunyah mungkin mempunyai lebih banyak keburukkan berbanding khasiat yang dibekalkan.

Menurut laporan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FAD) Amerika Syarikat (AS), tubuh manusia memerlukan 13 jenis vitamin daripada pemakanan, manakala makanan diperkaya (fortified food) atau diet tambahan diambil bagi memenuhi keperluan tersebut.


Nutrisi vitamin kunyah bagaimanapun mungkin diganti dengan campuran tidak sihat bagi menambah rasa enak ketika dikunyah.

ConsumerLab.com membeli sebanyak 50 jenis jenama multivitamin yang popular di AS dan Kanada, termasuklah lima jenis vitamin kunyah dan melaksanakan siri kajian untuk menguji beberapa nutrisi yang seperti yang terdapat di label produk.

12 jenama multivitamin yang diuji didapati mengandungi 24 peratus nutrisi lebih rendah dari apa yang didakwa, manakala selebihnya mempunyai 157 peratus lebih dari apa yang dilabel pada bahagian informasi nutrisi.

Manakala kebanyakkan vitamin kunyah tidak mendapat kebenaran daripada FAD, yang memberi maksud bahawa produk tersebut tidak diuji dengan kaedah yang sama digunapakai terhadap produk lain bagi menentukan ketepatan informasi nutrisi yang dilabel pada produk.

Antara produk yang diuji oleh ConsumerLab.com adalah Centrum MultiGammies for Adult tidak mempunyai sebanyak 10 vitamins manakala NatureMade Multi Adult Gummies and Vitafusion Multivites kekurangan 9 jenis vitamin.

Contoh vitamin kunyah


ConsumerLab.com juga turut mendapati bahawa produk Smarty Pants Adult Complete tidak mempunyai vitamin B-1, B-3 dan K, termasuklah zat besi yang biasa ditemui pada multivitamin lain.

Malah, kebanyakkan pakar nutrisi di AS turut tidak menggalakkan orang ramai mengambil makanan tambahan berupa vitamin kunyah dan ini termasuklah Nikki Ostrower, pemilik NAO Wellness.

''Kebanyakkan vitamin kunyah mengandungi bahan tiruan seperti pewarna makanan, sesetengah lagi tinggi kandungan fructose corn syrup dan pelbagai lagi bahan pengawet'', katanya.

Manakala 4 daripada 5 jenis vitamin kunyah yang diuji pula didapati mengandungi terlalu banyak vitamin A, yang mungkin disebabkan kaedah penghasilannya yang rumit atau memang pengeluar menambah secara berlebihan kandungan vitamin tersebut.

Vitamin A adalah vitamin lemak mudah larut, yang mana akan disimpan di dalam bahagian hati dan beberapa organ lain serta tidak mudah dihadam seperi lain-lain vitamin mudah larut.

Ostrower turut menambah bahawa pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang pening, loya, sakit kepala, sakit sendi dan sakit jantung.

Namun katanya, isu terbesar yang membelenggu pengambilan vitamin kunyah adalah faktor yang menyebabkan ia popular dalam kalangan pengguna, iaitu perasanya.

Lebih-lebih lagi rasa vitamin kunyah yang hampir sama dengan gula-gula menyebabkan pengguna terutamanya kanak-kanak mengambilnya secara berlebihan, yang mana mempunyai risiko berbahaya kepada kesihatan pengguna.

''Orang awam berpendapat ia bagus untuk kanak-kanak, tetapi dengan pelbagai bahan pengawet yang terdapat didalamnya, jadi badan akan menyerap bahan tersebut, bukan nutrisi yang ada,'' katanya lagi.

Kandungan gula yang tinggi dan pelbagai bahan tambahan yang lain juga menyumbang kepada masalah gigi kepada kanak-kanak.

Ostrower dalam pada masa yang sama mencadangkan orang ramai beralih kepada penggunaan vitamil dalam bentuk pil yang tidak mempunyai bahan tambahan termasuklah pemanis, pewarna, perasa dan pengawet.

Contoh vitamin tablet

''Saya menggesa orang ramai menjadi pengguna yang bijak dan membaca label makanan terlebih dahulu kerana jika anda tidak faham dengan informasi yang disediakan, ada kemungkinan pihak pengeluar meletakkan bahan tambahan yang tidak bagus untuk kita'', kata Ostrower.

Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "