Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tinju Muka Isteri Kerana Salah Faham, Ingat Isteri Rotan Anak Kecil Mereka

6 Dis 2017
2 ulasan

Seorang isteri lebam di muka selepas ditumbuk suami sendiri yang menyangka mangsa merotan dua anak kecil mereka.

Mangsa yang berusia 29 tahun mengalami lebam di pipi akibat ditumbuk mendadak oleh suami yang berang sebelum sempat menjelaskan perkara sebenar.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Melayu Subang di sini, kelmarin, suri rumah terbabit turut dimaki dan ditengking suaminya yang berusia 39 tahun.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang memasak di dapur mendengar bunyi bising disusuli pertengkaran dua anak lelakinya yang berusia lima dan enam tahun.

“Berikutan itu, mangsa yang juga suri rumah cuba meleraikan pergaduhan anaknya dengan meminta mereka bermain bersama dan tidak bergaduh.

 “Ketika itu salah seorang anaknya memegang rotan menyebabkan mangsa merampas dan mahu menyimpannya di tempat lain,” katanya.

 Jelasnya, suspek yang melihat mangsa memegang rotan terus menumbuk muka wanita terbabit kerana menyangka mangsa merotan anaknya.

  “Mangsa ditumbuk dua kali di muka menyebabkannya lebam selain turut ditengking serta dimaki kononnya mendera anak.

  “Wanita langsung tidak diberi peluang untuk memberikan penjelasan sebelum suspek berlalu pergi meninggal mangsa dalam kesakitan,” ujarnya.

  Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang untuk tindakan lanjut.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "