Hidup ini tidak selalu cerah dan indah. Mungkin ada satu saat kita akan diuji dengan cabaran dan dugaan. Untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah itu bukan mudah. Ia mungkin mengambil masa berhari-hari. Namun kecekalan dan kekuatan perlu dibina demi menempuh hari-hari mendatang.
Tiada seseorang wanita pon mahu dirinya digelar janda, begitu juga menjadi ibu tunggal. Namun jika sudah tidak mampu dipertahankan, sudah tidak berdaya berdiam. Mungkin ini adalah jalan terbaik menghabiskan hubungan dengan seseorang yang pernah berjanji susah senang suatu ketika dahulu.
Pengalaman yang dikongsi oleh saudari Fauzana Ismail, ketika dirinya berhadapan detik sukar penceraian serta berpeluang menyaksikan pasangan suami isteri lain berdepan dengan penceraian sememangnya akan membuka mata, agar menghargai sebuah ikatan perkahwinan yang dimiliki.
Mungkin anda selalu tengok babak penceraian dalam mahkamah dekat mana-mana drama melayu tapi bila anda sendiri berada di dalam mahkamah menyaksikan sendiri depan mata, apa yang saya boleh cakap, SEBAK,SEDIH, walaupun defendan dan plaintif itu tidak ada kaitan pun dengan kita.
Hari ini saya berpeluang menyaksikan satu penceraian berlaku antara seorang banduan yang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun. Dia datang ke mahkamah dengan berbaju penjara berwarna biru sambil tangan bergari dan diiringi empat orang pegawai penjara. Si isteri menfailkan fasakh selepas 9 tahun suami di penjarakan, suami masih ada 11 tahun lagi hukuman penjara (waktu dia sampai dalam mahkamah anak-anak datang bersalam dengan bapak dia, dengan tangan bergari dia peluk cium anak-anak dia)
Dipendekkan cerita, pada awalnya si isteri memohon fasakah tapi setelah berbincang, hakim bertanya persetujuan kedua pihak samada nak teruskan fasakh atau mahu bercerai secara fast track. Mereka kemudian terus mengisi borang permohonan bercerai secara fast track dan permohonan fasakh dibatalkan.
Ketika hakim bersetuju untuk penceraian berlaku dimana hakim minta kedua-dua pasangan saling bermaafan. Dan si isteri datang kepada suami salam, minta maaf dan meminta dihalalkan makan minum selama berumahtangga. Dia berjanji akan menjaga anak-anak sebaiknya, sambil dia minta maaf berjujuran air mata dia jatuh.
Mungkin bagi mereka yang tidak berpeluang melihat sendiri depan mata penceraian di dalam mahkamah mereka tidak akan faham situasi dan keadaan sebenar semasa penceraian berlaku. Tapi percayalah, kalau anda ada peluang untuk tengok sendiri depan mata, saya yakin anda juga akan rasa apa saya rasa. Tiba-tiba bulu roma kau akan rasa meremang bila lelaki melafazkan talak. Saya menceraikan isteri saya dengan talak 1 (saya sudah pun merasai pengalaman itu 3 tahun lepas, jadi saya tau apa isteri dia rasa waktu talak dijatuhkan, dunia rasa gelap, lutut rasa lembik dan badan rasa terawang awangan)
Allah, sebak rasa, tiba-tiba air mata terus jatuh.
Saya pinjam kata-kata tuan hakim tadi.
“Tidak ada seorang perempuan pun yang mahu menjadi ibu tunggal atau bahasa kasarnya janda, apabila seorang perempuan itu nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah maka perempuan itu sudah mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuh hari penceraiannya dia mahkamah”
"Tidak ada seorang perempuan yang datang ke mahkamah memfailkan penceraiannya di sebabkan hal yang baru berlaku semalam atau baru minggu lepas terjadi, selalunya seorang perempuan itu dah ambil masa yang lama untuk dia terus nekad dan full-hearted meneruskan permohonan penceraiannya"
Kepada kawan-kawan sekalian, jagalah rumah tangga anda dan peliharalah rumahtangga kalian. Bajalah ia dengan penuh kasih sayang dan hargailah pasangan anda, selagi dia masih ada bersama anda.
Jangan la kita sibukkan dengan kisah rumah tangga orang lain. Orang nak kahwin 2 ke nak kahwin 3 ke, biarlah itu hak diorang, yang penting kita ni masing-masing jaga rumah tangga kita. Nasib kita belum tentu lagi. Takut-takut hari ini kita mengata orang, perkara itu berbalik kepada kita. Itu sebab kenapa saya tidak pernah keluarkan komen kalau ada kisah jadi isteri nombor 2, nombor 3. Sebab saya ada ramai kawan-kawan yang menjadi isteri nombor 2.
Saya juga serik sebab riak pada diri sendiri, yang mana dulu saya dengan angkuh cakap pasangan saya tak akan ada yang lain. Tapi kemudian sebaliknya terjadi. Itu pengajaran untuk saya tapi bila melibatkan soal begini mulut kena jaga, sebab takut....takut benda tu berbalik pada diri sendiri
(Entry ini ditaip semasa menunggu giliran perbicaraan saya. Dari pukul 9.00 pagi hingga 11.45 pagi. Saya giliran ke-19 dari 20 kes. Terima kasih defendan kerana tidak hadir ke mahkamah buat kali ke-3 berturut-turut walaupun waran tangkap telah dikeluarkan. Terima kasih kerana membazirkan masa saya setengah hari di mahkamah hari ini, terim kasih untuk segalanya apa yang awak dah buat dekat saya. Semoga allah membalas seadilnya.
Saya izinkan entry ini dishare, tidak perlu minta kebenaran.
Salam sayang,
Fauzana Binti Ismail
Sumber - Fauzana Ismail
F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
BalasPadamInfo lebih lanjut : 5ee80afe :)
BalasPadamAJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)