26 Dis - Keadaan tayar kereta adalah salah satu perkara yang wajib diambil perhatian untuk semua pemilik kenderaan. Tayar kereta yang sudah botak boleh menyebabkan punca kemalangan di jalan raya.
Sesetengah pemandu sering mengabaikan kondisi kemepat-empat tayar kereta yang kadang-kala digunakan sehingga terkeluar bebenang tayar.
Perkara ini harus diambil pendekatan yang serius oleh pemandu bagi menjamin keselamatan ketika berada di jalan raya.
Gambar Hiasan |
Namun, ada juga yang kurang pengetahuan bagaimana ingin mengenal pasti bahawa tayar tersebut sudah botak dan tidak lagi selamat untuk digunakan.
Seorang pengguna Facebook, Akmal Amri telah memuat naik beberapa keping gambar ke laman Facebook beliau dan menjelaskan cara-cara untuk mengenal pasti keadaan tayar yang sudah botak.
Perkongsian seperti ini sangat berguna untuk kita sebagai pemilik kereta untuk memastikan kondisi kereta selamat untuk dibawa. Jom ikuti perkongsian ringkas beliau tentang mengenal pasti tayar yang botak.
CARA MENGENAL TAYAR BOTAK
Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.
Salah sebenarnya tu.
Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.
Apa maksud tayar botak?
Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.
Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu
Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.
1. Tayar botak. Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.
Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.
Apa maksud tayar botak?
Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.
Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu
Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.
Semoga bermanfaat
Sumber: Akmal Amri
Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la sepak terpercaye di 1ndonesie
BalasPadamburuan regis..
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb