Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Corak Seakan Bintang Pada Bawah Buahnya," Elak Ditipu Penjual, Kenali Baka Musang King Yang Asli

8 Dis 2017
4 ulasan



Durian Musang King adalah gred durian paling terkenal di Malaysia. Juga terkenal sebagai nama Raja Kunyit buah ini kadang kala di jadikan umpan para peniaga untuk meraih untung yang tinggi. mempunyai isi berwarna kuning pekat seakan serbuk kunyit. durinya pula bersegi, pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa sangat jelas pada kulit.
Penolong Pengarah BahagianHortikultur Jabatan Pertanian Serdang Mohd Auzaie Komarudinberkata ini merupakan antara ciri-ciri utama durian D197 yang didaftarkan di JabatanPertanian pada 1993.

Tambah Mohd Auzaie lagi, masyarakat cina malaysia sangat gemar menggelarkan raja buah ini sebagai Mao Shan Wang, yang membawa maksud raja kucing gunung iaitu merujuk rupa bentuk isi durian yg mirip posisi seekor kucing tidur.

“Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan ‘Mao Shan' ditukar kepada sebutan Musang dan ‘Wang' ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini,” katanya

Beliau mengingatkan kepada penggemar buah ini agar berhati-hati dalam membeli durian Musang King ini supaya tidak ditipu oleh penjual memandangkan harga pasaran yang amat tinggi.

“Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan bintang pada bawah buahnya,” jelasnya lagi.

Menurut Mohd Auzaie, isi durian ini lebih tebal dan ditambah rasa lemak yang sedikit pahit dan bijinya pula kecil sahaja berbanding durian yang lain.







“Musang King cukup diminati penggemar durian sehingga dijual agak mahal bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain," katanya lagi.

Beliau juga kesal apabila ada lagi penjual yang mengaut untung mudah dengan menjual baka durian lain tetapi mendakwa itu adalah baka Musang King.





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  2. Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :)

    BalasPadam
  3. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "