Polis Republik Indonesia sedang menyiasat mengenai satu rakaman yang menunjukkan tindakan dua pengunjung Taman Safari Indonesia di Cisarua di Bogor yang menuang arak ke mulut seekor rusa..
Dalam video yang tular tersebut, kelihatan satu pasangan pengunjung yang menaiki kereta menuangkan sebotol arak ke dalam beberapa mulut rusa yang ada di safari itu.
Pada awalnya, pasangan itu kelihatan memberhentikan kenderaan untuk memberi haiwan tersebut makanan sayuran.
Kemudian, salah seorang daripada pengunjung tersebut mengeluarkan botol berisi cecair bewarna ungu dan menuang ke dalam mulut rusa berkenaan.
Rusa itu kemudian melarikan sejurus sahaja meminum cecair berkenaan dan diketawakan oleh pasangan tersebut.
Rakaman video tersebut kemudian dimuat naik ke akaun Instagram di bawah nama @alyccaaa dan @philipbiondi lalu mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen di negara jiran itu.
Ita Puspitalena, jurucakap Polis Bogor berkata, pihaknya kini sedang memantau perkembangan video berkenaan semenjak ia mula tersebar lagi.
“Ketika ini kami masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan daripada pihak safari sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya.
Sumber : TribunnewsBogor.com
F4ns Bett1ng
BalasPadamB0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50