Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Merasa Melancong Bagaikan Jutawan? Melanconglah Ke 8 Negara-Negara Ini

29 Nov 2017
3 ulasan

Bila sebut sahaja melancong, pasti setiap dari kita menggemari aktiviti santai ini. Melancong boleh dikatakan menjadi impian semua orang yang ingin melihat dunia baru dan berjalan ke tempat orang.

Terdapat pelbagai destinasi populat yang sentiasa menjadi tumpuan dan igauan para pelancong tak kira di dalam atau luar negara.

Bagaimanapun, selain kekangan masa, nilai wang ringgit yang tinggi juga menjadi punca mengapa segelintir orang berfikir dua tiga kali sebelum keluar melancong.

Tetapi, tahukah kita bahwa terdapat beberapa buah negara yang boleh kita lawati tanpa perlu merisaukan nilai mata wang dan pada masa yang sama boleh membuatkan pelancong dari Malaysia rasa seperti seorang jutawan.

Mari kita lihat senarai lapan buah negara yang boleh dilawati ini.

1. Sri Lanka 


Sri Lanka atau pernah dikenali dengan nama Ceylon pada suatu ketika dulu merupakan antara negara yang memiliki nilai mata wang rendah serta menjadi kegemaran ramai pelancong.

Apa yang menjadi kegemaran pelancong bukan sahaja nilai wangnya yang rendah tetapi juga aktiviti dan pemandangan di sana.


Bagi tempat tidur pula, para pelancong tidak perlu khuatir kerana dengan hanya bermodalkan RM60 sahaja, anda sudah boleh menginap di hotel yang selesa.

Bukan sahaja penginapan, kos pengangkutan dan makan minum juga tidak memerlukan jumlah yang tinggi. Meskipun jarak penjalanan kadang kala mengambil masa selama tiga jam, harga tambang yang perlu dibayar hanyalah sebanyak 100 hingga 200 rupee iaitu bersamaan dengan RM2.68 hingga RM5.27 sahaja.

2. Indonesia



Indonesia juga merupakan antara destinasi pilihan para pelancong kerana nilai mata wangnya yang agak rendah. Oleh kerana nilai wangnya yang rendah, maka tak hairanlah terdapat ramai rakyatnya yang datang bekerja di Malaysia.

Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati di negara ini memandangkan ianya sebuah negara yang besar. Contoh tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah Bali, Bandung, Jakarta, Jogjakarta atau Lombok.


Meskipun, anda boleh mendapatkan hotel, makan minum dan kos pengangkutan dengan nilai yang murah, tetapi hati-hati jangan tertipu dengan pihak yang mengenakan anda caj harga yang lebih tinggi.

3. Vietnam 


Vietnam terkenal dengan pemandangan pantai dan persekitaran bandar-bandar lama yang indah. Selain mempunyai nilai mata wang yang lebih rendah dari Malaysia, keunikkan makanan dan budaya negara ini juga antara faktor mengapa ramai pelancong memilih untuk datang melancong ke Vietnam.

Dengan berbekalkan RM30 sahaja anda sudah boleh tinggal di hotel yang selesa di Vietnam, murah bukan?

Bagi kos makanan pula anda boleh RM4 sudah mencukup untuk sepinggan nasi ayam yang mungkin agak mahal untuk standard penduduk di Vietnam.

4. Nicaragua



Nicaragua merupakan salah negara yang terbesar di Amerika Tengah. Tarikan Nicaragua terletak pada pekan yang berwarna-warni, ombak untuk meluncur dan budaya tempatan yang menarik. Anda boleh dapati penginapan hotel dengan harga serendah atau 179.44 atau RM24.92, manakala bagi kos makanan pula anda boleh dapati dengan bermula serendah RM5 sahaja.


5.Romania


Romania merupakan salah satu negara yang wajib dikunjungi oleh penggemar seni. Di negara ini juga, para pelancong boleh tinggal di hostel dengan harga serendah 31.71 RON (RM33.28) sahaja.


Bagi makanan pula, anda boleh mendapat makanan halal yang lazat dengan harga RM15 harga. Kos untuk pengangkutan juga murah di sini, anda boleh menaiki bas dan kereta api dengan harga RM4.00 sehala.

6. Afrika Selatan 


Percutian ke Afrika Selatan kini lebih berpatutan kerana turun naik mata wang negara itu Di cadangkan datang ke sini pada bulan Mac ke Mei dan September ke Oktober di mana tidak terlalu ramai pengunjung dan cuaca pada musim ini agak baik.


7. Kemboja


Merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang paling banyak dikunjungi kerana kekayaan budaya setempat, makanan yang enak serta nightlife walaupun Kemboja merupakan sebuah negara yang kurang maju jika dibandingkan dengan Thailand dan Vietnam.


Makanan boleh didapati dari harga RM4.16-12.48 di restoran-restoran tempatan dan penginapan bermula dari harga RM16.64-83.20. Anda boleh juga menyewa tuk-tuk sepanjang hari dan melawat Angkor wat dengan harga RM54.03.

8. Turki


Terkenal dengan jolokan tempat pertemuan budaya Timur dan Barat, makanan yang menyelerakan juga pemandangan yang menakjubkan, Turki merupakan salah sebuah negara indah yang wajib anda kunjungi sekurang-kurangnya, sekali seumur hidup.


Juadah terkenal Shawarna diletakkan harga RM8.32 dan hostel boleh anda diami dengan harga RM83.20 semalam  Pengangkutan juga boleh didapati dalam harga yang berpatutan.

Sumber- Taiko TV
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "