Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kena Pukul Beramai-Ramai Sampai Sakit Dan Susah Untuk Kencing

16 Nov 2017
3 ulasan

Remaja lelaki mengalami kesukaran membuang air kecil dipercayai kesan dipukul beramai-ramai di bilik asrama sebuah sekolah dalam kejadian buli awal bulan ini.

Selepas dibelasah 10 rakan sebayanya, pelajar tingkatan tiga terbabit berada dalam keadaan lemah dengan kesan luka pada mata kirinya.

Berdasarkan sumber, kejadian buli tersebut diketuai oleh seorang pelajar senior tingkatan lima selepas mangsa dikatakan mengaku mencuri wang milik rakannya di tiga bilik berasingan asrama sekolah terbabit.

Pada 5 November lalu, ibu mangsa datang melawatnya dan menyedari keadaan tersebut lalu membuat laporan pada 8 November.

Mengikut sumber, pada 4 November kira-kira jam 10.30 malam, mangsa diminta menghadiri perjumpaan kelas di sebuah bilik gelap sebelum matanya diikat dengan kain pelikat dan tangannya dipegang oleh seorang pelajar.

Pada ketika itu, mangsa dipukul bertubi-tubi oleh kesemua pelajar terlibat.

Namun, rakan baiknya telah menyelamatkannya lalu membawanya ke bilik untuk berehat.

Ibu mangsa telah membawanya ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam dan calar di seluruh badan mangsa.

Selepas mengadu sakit di bahagian perut, mangsa dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang ssebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Doktor mengesahkan mangsa mengalami kesukaran membuang air kecil akibat kejadian itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian merusuh melibatkan pelajar dan menahan 10 pelajar berusia 15 tahun dan seorang berusia 17 tahun.

“Berdasarkan laporan hospital mendapati tiada kecederaan dalaman. Mangsa masih ditempatkan di hospital berkenaan dan keadaannya bertambah pulih.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria ketika dihubungi memaklumkan belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Jelasnya, pihaknya terkejut dengan kejadian kedua yang berlaku di sekolah sama, dalam tempoh tidak sampai setahun.

"Kita akan membuat semakan sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

Sumber - Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "