Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gunung Berapi Agung Muntahkan Asap, Masih Ramai Tak Dapat Pulang Dari Bali

28 Nov 2017
3 ulasan

Kuala Lumpur: “Situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai sesak dengan orang ramai. Ada yang beratur dari malam semalam (kelmarin) sampai tengah hari pun belum dapat giliran,” jelas Mohd Hanifiah Yusof, rakyat Malaysia yang terkandas di Bali, Indonesia berikutan kejadian letusan Gunung Berapi Agung

Jelas Mohd Hanifiah, dia bersama isteri Siti Noraisyah Hassan, 35, sepatutnya dijadualkan berangkat pulang ke tanah air semalam setelah empat hari menghabiskan percutian di Bali.

“Disebabkan keadaan sesak dan kelam-kabut, kami malas beratur menunggu giliran dan sepakat mencari jalan mudah untuk ke Surabaya dengan menaiki kereta sewa dan feri yang mengambil masa perjalanan hampir 14 jam.

“Walaupun terpaksa membeli tiket baru dari Surabaya ke Kuala Lumpur, apa yang penting kami dapat balik cepat ke Malaysia,” katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.


Sementara itu, menurut Noryatimah Shahrom, 39,  dia bersama suaminya, Ahmad Azmin Shah Mat Ramli, 49, dan bayi mereka, Anis Aisyah Zahirah berusia setahun 10 bulan tiba di Bali pada malam Sabtu lalu atas urusan perniagaan.

“Tiada siapa yang dapat tidur lena selepas mendapat tahu ada gunung di pulau ini sedang meletus. Walaupun kedudukan Gunung Agung jauh dari lokasi penginapan kami di Denpasar, bimbang tetap ada, namun kami bertawakal semoga tiada perkara buruk berlaku ke atas kami sepanjang berada di sini,” katanya.


Noryatimah berkata, tempat mereka sekeluarga menginap masih dilaporkan selamat kerana loaksi kejadian letusan gunung berapi terletak jauh kira-kira 65 kilometer yang mengambil masa perjalanan darat selama sejam 40 minit.

“Alhamdulillah keadaan di sini baik-baik saja dan banyak kedai beroperasi seperti biasa. Di mana-mana tempat sama ada pihak berkuasa, komuniti, pengurusan hotel serta Bulan Sabit Merah Indonesia giat menjalankan usaha menyebarkan maklumat serta kempen supaya kita tidak panik dengan menekankan langkah keselamatan sekiranya sesuatu berlaku.

“Namun, setakat ini kami masih lagi menanti perkembangan maklumat daripada pihak AirAsia sama ada jadual penerbangan balik kami esok (hari ini) diteruskan mahupun ditunda,” ujarnya.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus b0la 0nline terpercaya

    BalasPadam
  2. agen judi terpercaya dengan peluang kemenangan lebih besar, segera daftar dan dapatkan royal jackpot
    dan uang jutaan rupiah dengan minimal deposit 10.000, semua hanya ada di D3W4PK segera daftar ya :* :* :*

    BalasPadam
  3. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "