Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Malaysia Maut Terkena Tembakan Rambang Dalam Sekatan Polis Di Tak Bai, Thailand

17 Okt 2017
2 ulasan

Seorang rakyat Malaysia maut terkena tembakan dalam sekatan jalan raya oleh pasukan polis Thailand di Che He, Tak Bai, Thailand jam 10.30 malam semalam waktu tempatan.


"Kami tak tahu dia pergi Thailand malam tadi, biasanya dia kalau nak ke seberang Thailand dia pergi waktu siang," kata Wan Rokiah Wan  Hussien, 55, yang juga kakak kepada mangsa, Wan Mohd Zain Wan Hussien, 46.

Ujarnya lagi, dia mengetahui kejadian yang menimpa adiknya itu kira-kira jam 12  malam selepas kawan adiknya datang ke rumah di Kampung Ketil untuk menyampaikan khabar sedih tersebut.

"Kami ada diberitahu kawannya, arwah ke seberang malam tadi sekadar keluar berjalan-jalan di sana.

"Kebetulan semalam dia cuti, adik saya tukang masak di sebuah restoran di Pengkalan Kubor ini," katanya.

Sekitar jam 9.30 malam, ada saudaranya mendakwa terserempak dengan mangsa di sebuah kedai makan berdekatan Kampung Ketil.


Mangsa merupakan seorang duda yang mempunyai empat orang anak terkena tembakan yang dilepaskan kepada pegawai polis oleh beberapa lelaki yang lengkap bersenjata api.

Ketika kejadian, mangsa secara kebetulan berada disitu setelah motosikal tambang yang dinaikinya ditahan untuk pemeriksaan polis, sebelum sebuah kenderaan pancuan 4 roda yang dinaiki penyerang tiba dan melepaskan tembakan.


Polis yang cuba menghampiri tempat kejadian untuk memberi bantuan dikejutkkan dengan sebutir bom tangan yang tiba-tiba meletup dari jarak kira-kira 1 kilometer.

Sementara itu abang allahyarham, Wang Pa berkata ahli keluarganya sudah berada di Thailand untuk membawa pulang jenazah adiknya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil.

"Jenazah dibawa ke Hospital Narathiwat untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian," katanya.



Sumber : Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)
    pin bbm 7ACD8560

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "