Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Makcik Jangan Takut Kepada Anak..." - Mahkamah Majistret Kota Bharu Beri Peluang Ibu Jatuh Hukuman Kepada Anak

3 Okt 2017
2 ulasan

Kota Bharu, 3 Okt - Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini memberi peluang kepada seorang ibu untuk menjatuhkan hukuman kepada anaknya sendiri.

Majistret, Nik Habri Muhamad memberi peluang kepada ibu berusia 52 tahun itu untuk menjatuhkan huuman terhadap anaknya yang berusia 28 tahun selepas tertuduh melakukan ugutan jenayah terhadap si ibu dengan mengacukan sebilah gunting bermaksud untuk menakutkan mangsa.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Jun lepas dan didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lelaki itu bagaimapun dalam rayuannya memohon maaf terhadap ibunya dan berjanji untuk tidak melakukan kesalahan sama.

Majistret kemudian memanggil si ibu ke sebelah kandang tertuduh bagi memberi penghormatan kepada mangsa untuk menjatuhkan hukuman kepada tertuduh.

"Saya beri penghormatan kepada mak kamu untuk hukum kamu. Makcik jangan takut kepada anak. Makcik boleh mohon nak hukuman berat atau ringan dan saya akan pertimbangkan," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Si ibu bagaimanapun memaafkan kesalahan anaknya itu dan meminta mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun dari tarikh tertuduh ditangkap.

Dalam hujahnya, Nik Habri berkata, kes berkenaan diharap dapat dijadikan pengajaran kepada tertuduh serta orang lain agar menghormati ibu masing-masing.

"Saya serius dengan kes begini. Kamu bernasib baik kerana mak kamu minta hukuman ringan. Ada kes lain saya bagi hukuman penjara maksimum lima tahun.

"Kalau kamu ulangi kesalahan sama saya akan kenakan hukuman berat. Kerana menghargai permintaan mak kamu, saya hukum kamu dengan penjara 12 bulan," katanya.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Hamidah Mahmood.

Sumber: Bernama/ mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. Freechip setiap hari
    Hello sobat semua ayo kita kunjungin KELINCI99 dengan 3 pasaran TOGEL ( Sydney, Singapure dan Hongkong ) dan juga 11 permainan casino live yang bisa di mainkan dengan hanya 1 Userid saja, silahkan langsung daftarkan diri anda dan nikmati seru nya bermain bersama kami dan menangkan hadiah2 menarik lain nya untuk minimal deposit hanya 20rb dan minimal withdraw 50rb ayo silahkan langsung daftar dan merapat ya temen2 semuanya... pin bb 2B1E7B84

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "