Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tolong Jangan Main-Main," Hafiz Hamidun Bagi Amaran Kepada Joy Revfa

14 Sep 2017

Hafiz Hamidun, 33, telah mengingatkan isterinya, Siti Arifah Mohd Amin, 33, atau Joy Revfa  agar mengambil serius terhadap permohonan faraq nikah (perpisahan sementara) yang difailkannya di mahkamah.

Menurutnya, sikap sambil lewa Joy Revfa terhadap kes tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah dan mengeruhkan lagi keadaan.

"Sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi dia memilih untuk memfailkan di mahkamah. 

"Apabila dia pergi ke mahkamah dan buat sidang media jadi saya akur dan perlu ikut saluran undang-undang juga. 

"Tetapi saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul. 

"Satu sahaja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan pernikahan kami sah," katanya.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy Revfa terhadap Hafiz pada 18 Ogos yang lalu.

Menurut Aznir Suhaida Dolah, Peguam syarie yang mewakili Joy berkata anak guamnya mempunyai kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami terdahulu iaitu Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Mahkamah Tinggi Syariah.

Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria, telah menetapkan 9 November akan datang untuk sebutan semula kes tersebut.

Hafiz dalam pada itu berkata, dia tidak pernah berasa menyesal dengan apa yang berlaku malah menganggap polemik ini adalah satu proses pembelajaran buatnya dan iktibar buat masyarakat.

"Tiada apa yang ingin saya malu atau kesalkan apabila perkahwinan kami menjadi buah mulut sebaliknya berasa positif dengan apa yang berlaku.

"Banyak yang saya belajar dan apa yang berlaku diharap juga dapat menjadi tauladan kepada orang lain," katanya.


Manakala Joy pula memberitahu dia tetap dengan pendiriannya bahawa perkahwinan bersama Hafiz adalah sah.

Bagaimanapun, Joy memilih untuk berdiam diri mengenai kemelut rumah tangganya kerana menghormati mahkamah.

"Tiada apa yang boleh saya katakan kerana kes pun sudah berjalan dan biarlah mahkamah menentukan segalanya. 

"Tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa perkahwinan kami adalah sah," ujarnya.

Sumber : mStar

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "