Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

8 Daripada 10 Kes Yang Saya Jumpa, Mereka Muflis Sebab Bagi Pinjaman Dan Jadi Guarantor Kepada Keluarga Dan Kawan Sendiri

11 Sep 2017
4 ulasan

Kerana percaya kawan baik atau ahli keluarga maka relalah menjadi peminjam atau guarantor tanpa berfikir panjang.Seorang guarantor atau peminjam harus bersiap sedia untuk membayar loan jika tidak mahu namanya di blacklist. Jika anda tidak mahu menanggung semua itu maka janganlah bermurah hati untuk menjadi guarantor.

Biar mereka kata kita sombong tidak mahu tolong asalkan masa depan kita terjamin. Jangan biarkan mereka bersenang lenang tetapi kita menangis menanggung hutang mereka.

Satu perkongsian dari saudara Faizul Ridzuan ini banyak memberi manfaat dan kita perlu ambil iktibar dari kisah dua rakan baik ini. Sebelum anda bersetuju menjadi guarantor siapkan segala ilmu yang anda supaya tidak menyesal.

KALAU BETUL ANDA SAYANG MEREKA, JANGAN KASI PINJAM.

Salam semua. Baru baru ni nampak cerita artis kena saman sebab tak bayar hutang. Kronologi cerita mereka:

- Wadi ( Bukan nama sebenar ) nak beli kereta mahal (Toyota Harapan) tapi tak boleh dapatkan loan.

- Wadi minta BFF beliau waktu tu, si Hanu (Juga bukan nama sebenar) untuk jadi penjamin.

- Mula bayar okay, but bila kereta baru dah jadi tak berapa baru dan mungkin kurang dapat pujian sbb dah jadi kereta lama, si Wadi mulalah tak membayar ansuran yang dijanjikan.

- Jadi bila Wadi tak bayar, bank mula kejar Hanu sebab dalam mata bank, Hanu yang meminjam dan si Wadi ni tak wujud.

- Mesti Hanu taknak bayar sebab tu bukan kereta dia kan? So bila Hanu( sebenarnya Wadi) tak bayar, Bank akan saman Hanu si peminjam walaupun kereta itu sebenarnya dimiliki dan dibeli oleh si Wadi.

- Bila Hanu tak bayar kepada Bank, Hanu diishtiharkan sebagai muflis/bankrup. So ini apa yang akan belaku kepada mereka yang muflis:

1. Tak boleh keluar negara .

2. Tak boleh buka apa-apa syarikat

3. Tak boleh buat apa-apa pinjaman dgn bank untuk beli rumah. ( ni paling sedih )

4. Tak boleh buat apa-apa pinjaman dgn bank untuk beli kereta.

5. Tak boleh buat apa-apa pinjaman dgn bank untuk buat ASB loan

6. Tak boleh buat apa-apa pinjaman dgn bank untuk dapatkan kredit kad atau personal loan.

Ramai orang kekadang kesian dan nak bantu ahli keluarga dan kawan yang sebenarnya dah kena blacklist oleh pihak bank. Jadi mereka relakan diri jadi guarantor dan peminjam untuk bantu buat loan kereta, kredit kad etc sebab kesian dan berniat baik. Ye la, ahli keluarga sendiri kan? Waktu mereka minta tolong, semuanya okay, minta menangis-nangis. Takkan la keluarga sendiri akan aniaya kita kan? 

Tapi keluarga bahagia hanya wujud dalam drama T** jam 7pm saja. Tahukah anda, 8 daripada 10 kes yang jumpa saya dalam sesi personal coaching, mereka menyesal tak sudah bagi pinjaman dan jadi guarantor kepada ahli keluarga. Semua cerita sama, mula mula okay dan bayar elok je, but lepas 1-2 tahun mula ada masalah. Last-last yang sangkut, kita. Elok elok dia je yang muflis, sebab dia sekarang kita pun ter-join kelab yang sama. Anda menangis dan merayu pun, mereka takkan mampu bayar anda balik sebab mereka tak pernah ada disiplin untuk bayar balik.


Kawan-kawan, ada sebab kenapa mereka ni, bank memang tak mahu bagi pinjaman kepada mereka. Sebab bank memang dah tahu mereka ni jenis meminjam pandai, tapi nak bayar memang lahanat sungguh. Mereka dah terkena dulu, jadi bila mereka dah serik dan tak nak bagi dah, jangan lah kita memandai rasa yang kita lebih tahu dari pihak bank mengenai profile si peminjam ni. Of coz peminjam akan cakap bank jahat dan mereka kena aniaya dan macam macam, tapi bank buat ikut undang undang, so mereka kena aniaya boleh suruh mereka saman bank tu terus. 

So kalau anda sayangkan mereka, jangan bagi pinjam duit atau nama untuk buat benda benda mengarut yang tidak urgent atau penting. Kalau benda penting macam yuran perubatan atau ada ahli keluarga sakit, boleh la kita faham dan pertimbangkan. Tapi kalau nak pinjam sebab kereta selalu sakit, atau bontot dah lama gatal sebab tak dapat nak pegi Maldives dan nak post gambar epik di instagram, takyah la. Kalau sayangkan mereka, suruh mereka buat benda yang boleh tambahkan income. Jual goreng pisang ke, air ke, bawak grabe/uber ke dan guna duit extra tu untuk beli kereta cash atau pi holiday. 

Kita kena latih mereka supaya bertanggung-jawab dan berdisiplin dan belajar untuk selesaikan masalah yang lama dulu. Suruh mereka bayar balik hutang bank tu perlahan perlahan. Sebab lepas dah hutang tu dah bersih, latih mereka melabur hartanah supaya boleh dapat kereta dan holiday percuma. Terlalu banyak keburukan bila profail kewangan kita teruk dan terlalu banyak kelebihan bila profail kewangan kita cantik. Selagi mereka tak bertanggungjawab atas diri mereka sendiri, mereka takkan belajar dan takkan dapat ubah nasib. 

Kalau kita nak merawat penagih dadah, kita berhenti bagi dadah kat mereka kan, dan bukan bagi lagi extra dadah untuk mereka kan? Kalau anda nak merawat kaki-hutang, logik ke kalau kita offer peluang untuk mereka berhutang lagi? 

#HatiKeras
#MukaLawaDanHensemNiBiasanyaKuatHutangKan
#SayaPunHutangBanyakTapiHutangKatBankDanOrangLainBayarkan
#IniBukanOPMyangBetul

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G agen nya game bola online teraman..
    Add yuk 5EE80AFE :)

    BalasPadam
  2. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam

  3. Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
    in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
    categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
    loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
    ******************************
    1) Full Name:
    2) Gender:
    3) Loan Amount Needed:
    4) Loan Duration:
    5) Country:
    6) Home Address:
    7) Mobile Number:
    8) Fax Number:
    9) Occupation:
    10) Monthly Income:
    11) Salary Date:
    12) Purpose of loan:
    13) Where did you get our loan advertisement:

    BalasPadam

  4. Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
    in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
    categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
    loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
    ******************************
    1) Full Name:
    2) Gender:
    3) Loan Amount Needed:
    4) Loan Duration:
    5) Country:
    6) Home Address:
    7) Mobile Number:
    8) Fax Number:
    9) Occupation:
    10) Monthly Income:
    11) Salary Date:
    12) Purpose of loan:
    13) Where did you get our loan advertisement:

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "