KPKT Nafi Ada Kaitan Dengan Skim Rumah Murah DBI Homes
Nampaknya kisah rumah murah yang ditawarkan oleh DBI Properties semakin hangat selepas satu persatu pihak tampil membuat penafian.
Terbaru, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan pula tampil menafikan kementerian berkenaan terlibat dalam projek perumahan murah berkenaan yang kini menjadi tular di laman sosial.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar dalam satu kenyataan di laman Facebooknya sebentar tadi menyatakan beliau amat terkejut apabila mengetahui namanya dikatikan dengan skim perumahan berkenaan.
"Video yang dimuatnaik dalam majlis jamuan hari raya yang saya hadiri itu bukan ucapan untuk program rasmi. Sebelum balik saya telah diminta oleh Dato Boy Iman untuk merasmikan ibu pejabat DBI Properties dan diminta untuk memberi ucapan."
"Untuk makluman semua, skim perumahan DBI Properties ini tidak ada kaitan dengan KPKT kerana skim perumahan ini tidak dilesenkan dibawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 atau dikenali dengan Akta 118."
"Skim seperti ini tidak melindungi hak pembeli dan urusan penjualan juga tidak terjamin," jelas beliau.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Tanjung Karang menasihatkan semua pihak yang terlibat menyelesaikan isu ini mengikut undang-undang kerana pasti ada perjanjian atau kontrak antara syarikat dan pembeli.
"Saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan skim ini ataupun mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dengan model perniagaan seperti ini."
"Saya juga telah mengarahkan supaya Jabatan Perumahan Negara mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkata ini boleh hubungi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perumahan Negara di talian 03-88914355
03-88914356. - Siakapkeli.my
Sumber: Noh Omar
BACA: Nafi Ada Kerjasama Dengan Syarikat Tawar Rumah Mampu Milik Tular, Berikut Adalah Kenyataan Penuh Dari SIRIM
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877