Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Lelaki Warga Afrika Ini Naik 'Gila', Didakwa Cuba Cekik Dan Lemaskan Seorang Kanak-Kanak

13 Sep 2017
No Comment

Seorang kanak-kanak perempuan melalui detik-detik cemas apabila dia dicekik oleh seorang lelaki warga Afrika sambil cuba melemaskan mangsa ke dalam kolam renang di sebuah pangsapuri di Kampung Baru, Puchong.

Rakaman video menunjukkan lelaki berusia linkungan 30 an menjerit dan bertindak gila dalam kejadian yang belaku pada jam 5 petang Sabtu lalu hingga menjadi tular dan membimbangkan orang ramai.

Jeritan kanak-kanak perempuan tersebut bagaimanapun berjaya menarik perhatian pengawal keselamatan di kediaman tersebut yang datang kemudian membelasah lelaki Afrika itu. Lelaki tersebut berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

Menurut seorang lelaki bernama  Shiddiq Zwei yang merupakan saksi kejadian, ketika kejadian dia berada di situ melihat lelaki Afrika itu mencekik kanak-kanak perempuan tersebut.

Beliau bagaimanapun memberitahu tidak sempat merakam insiden terbabit kerana panik serta berusaha memanggil pengawal keselamatan dan hanya sempat merakam kejadian yang berlaku selepas kanak-kanak perempuan tersebut berjaya diselamatkan.





Menurutnya lagi, ketika kejadian terdapat 3 kanak-kanak sedang mandi di kolam namun sempat melarikan diri ketika insiden tersebut berlaku. Kehadiran pengawal berjaya menyelamatkan keadaan sekaligus mengelak kejadian yang lebih buruk berlaku.

Sumber : myMetroShiddiq Zwei 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "