Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bangladesh Cadang Pindahkan Pelarian Rohingya Ke Thengar Char, Pulau Tak Berpenghuni Sering Dilanda Banjir

13 Sep 2017

Rentetan masalah kekejaman terhadap muslim Rohingya di Myanmmar, jumlah pelarian yang semakin bertambah-tambah telah menyebabkan tempat untuk penempatan mereka tidak mencukupi.

Ramai diantara pelarian muslim Rohingya yang telah melarikan diri ke Bangladesh sekaligus menyebabkan kesukaran untuk memberikan penempatan kepada pelarian-pelarian tersebut.

Seramai lebih 300,000 Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh bermula pada 25 Ogos lalu dan sekitar 300,000 pelarian ditempatkan di kem-kem kekuasaan PBB di daerah Cox’s Bazar berdekatan dengan sempadan Myanmar.

Akibat kebanjiran pelarian muslim Rohingya yang diterima oleh Bangladesh itu menyebabkan tanah untuk mereka tinggal tidak mencukupi.

Oleh sebab itu, Kerajaan Bangladesh bercadang untuk menempatkan pelarian muslim Rohingya di sebuah pulau yang sering dilanda banjir setiap tahun.

Lantaran itu, Kerajaan Bangladesh telah merayu sokongan antarabangsa untuk memindahkan Rohingya ke pulau itu kerana negara miskin menghadapi krisis peningkatan kemasukan pelarian muslim Rohinya akibat daripada kekejaman tentera Myanmar yang dikuasai oleh Buddha.

Pihak berkuasa Bangladesh mendapati pulau Thengar Char sebuah pulau yang tidak berpenghuni sesuai dijadikan tempat untuk menempatkan pelarian muslim Rohingya.


Namun demikian ada juga tentangan daripada pemimpin Rohingya dan pegawai PBB untuk meletakkan mereka di pulau tersebut.

Bhasan Char, sebuah pulau yang terletak di muara Sungai Meghna, satu jam perjalanan bot dari Sandwip serta pulau yang paling hampir dengan penduduknya. Dua jam perjalanan menggunakan bot dari Hatiya.

Pengusulan pertama kali oleh pihak berkuasa Bangladesh untuk memindahkan pelarian Rohingya pada tahun 2015 ketika kem-kem di Cox’s Bazar penuh dengan pendatang baru telah ditangguhkan kerana pulau tersebut hanya muncul pada tahun 2006 akibat daripada pasang surut lautan.

Walaubagaimanapun, kerajaan tetap cuba mendapatkan ruang untuk menempatkan Rohingya dengan mendirikan kem 2,000 ekar (800 hektar) berhampiran dengan Cox Bazar yang dapat menempatkan sekitar 250,000 Rohingya.

Setelah membuat lawatan ke tapak pembinaan itu, Perdana Menteri Sheikh Hasina bimbang mungkin tempat untuk menampung semua pelarian tidak mencukupi.

Kerajaan Bangladesh tetap mempercepatkan kerja pembinaan kemudahan di Bhasan Char seluas 10,000 ekar bagi menempatkan ratusan ribu Rohingya.

Seorang pegawai polis di rantau itu memberitahu bahawa pulau yang digunakan oleh para nelayan dan petani untuk memelihara haiwan mereka terdedah kepada banjir pasang surut sama ada sekali atau dua kali setahun.

"Saya rasa pulau itu perlu dibangunkan sebelum ia boleh didiami," kata pegawai itu.

Bantuan Angkatan Laut Bangladesh dalam kerja-kerja membangunkan pulau itu telah menghalang lanun untuk beroperasi di laut persekitaran Bhasan Char.

"Tentera Laut telah membina dua helipad dan kini sedang membina jalan untuk kegunaan mereka," kata Mahbub Alam Talkukder, seorang pentadbir kerajaan yang berpusat di rantau ini.

Rayuan Menteri Luar Bangladesh A.H Mahmood Ali meminta bantuan antarabangsa untuk mengangkut Rohingya ke Bhasan Char sewaktu pertemuannya dengan diplomat dan pegawai PBB tetap ditentang oleh para pemimpin Rohingya.

Pemindahan secara paksa akan “sangat rumit dan mengundang kontroversi” kata seorang penjawat agensi PBB.

Pelarian Rohingya di Cox's Bazar memberitahu AFP mereka tidak mahu berpindah lagi.

"Saya melarikan diri kampung saya di Rakhine untuk mengelakkan diri dari dibunuh di tangan orang Burma," kata Ayubur Rahman, 26 tahun yang melarikan diri dari Rakhine sebelum keganasan terbaru meletus.

"Saya tidak mahu pergi ke pulau itu. Saya lebih suka tinggal di sini."," katanya kepada AFP.

Video keadaan geografi Thengar Char



Sumber : Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "