Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pembaca Berita TV9, Amin Hayat Akui Malu Berkepala Botak Kerana Alopesia

26 Ogo 2017



‘Botak’ satu perkataan yang amat sensitif bagi segelintir kaum lelaki. Hal ini kerana, mereka menggangap ramai daripada kaum wanita tidak menyukai lelaki yang botak.

Selain itu keyakinan diri bagi seseorang individu itu juga akan berkurang apabila mengalami masalah kebotakkan.

Baru-baru ini pembaca berita TV9 iaitu Amin hayat meluahkan pengalamannya ketika berhadapan dengan masalah alopesia atau keguguran rambut yang kritikal hingga menyebabkannya botak.

Hal tersebut memberikan tekanan terhadap dirinya untuk berhadapan dengan masyarakat.


Pembaca berita itu Amin Hayat Abd. Rahim, 35, hilang keyakinan diri dan menggangu emosinya untuk muncul di khalayak ramai membaca berita, katanya.

"Saya berhadapan dengan masalah botak secara tiba-tiba pada tahun lalu sehingga membuatkan saya rasa malu untuk keluar berjumpa orang ramai.

"Orang anggap perkara itu adalah masalah yang biasa tetapi bagi saya ia sangat menganggu dan memberi kesan kepada kehidupan harian saya terutama apabila saya bekerja sebagai pembaca berita.

"Dalam tempoh itu saya terpaksa pakai topi setiap masa kerana tidak mahu mendengar kata-kata ejekan orang terhadap kepala saya," ujarnya kepada mStar Online.

Beliau berkata bahawa penyakit tersebut perlu dicegah diperingkat awal walaupun masalah itu tidak membawa kepada masalah kesihatan yang serius ulasnya dalam satu kempen ‘Aku Alopesia’.



"Perkara ini terjadi mungkin kerana tekanan kerja dan mengambilan ubat-ubatan sampingan serta gaya hidup yang tidak sihat.

Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang keperluan pengurusan tekanan yang betul dan rehat secukupnya serta gaya hidup sihat.

"Ramai juga yang memberi mesej peribadi menerusi Instagram bertanyakan tentang masalah botak yang mana bukan sahaja golongan dewasa, tapi kanak-kanak dan remaja juga ada yang mengalaminya,"
ujarnya.

Amin berkata, dia kini sudah kembali pulih selepas menjalani rawatan hampir setahun dengan sebuah klinik kecantikan.

"Alhamdulillah, setahun juga saya buat rawatan untuk kembalikan rambut seperti dahulu selepas mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan rambut. Tapi lebih baik kita mencegah daripada merawat," ujarnya.




Sumber : mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "