Khabar Angin Lama Sengaja Ditularkan Semula, KWSP Nafikan Dakwaan Anak Bawah Umur Jadi Penama Tak Boleh Tuntut Wang Caruman
Sejak beberapa hari lalu telah menjadi tular di laman sosial satu status oleh seorang individu yang mendakwa ada kisah yang terjadi kononnya seorang guru di sebuah sekolah di Pontian, Johor meninggal dunia kerana sakit ketika usia anak masih kecil menyebabkan dia tidak sempat membuat apa-apa perancangan harta pusaka.
Ianya menjadi bualan ramai seolah-olah betul-betul terjadi menyebabkan orang ramai percaya seterusnya menyebabkan status tersebut telah dikongsi lebih 10 ribu kali.
Status itu mendakwa balu guru berkenaan menerima perintah mahkamah yang mengarahkan harta pusaka yang berhak diterima oleh anak perempuan mereka yang merangkumi wang simpanan, KWSP, ASB, takaful dan sebagainya dari arwah suami diserahkan kepada Amanah Raya.
Mahkamah tidak memberikan hak penjagaan harta kepada anak tunggal arwah yang ketika itu baru berusia 6 tahun dan ke atasnya balu arwah yang merupakan ibu kandung anak tersebut
Ternyata apa yang disebarkan oleh pemilik facebook berkenaan adalah tidak mempunyai asas dan ianya adalah artikel ''copy & paste'' semata-mata.
Ini kerana pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada bulan April lalu telah menafikan dakwaan yang tersebar luas di media sosial itu, kononnya penama ahli pencarum di bawah umur 18 tahun tidak layak menuntut simpanan.
Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP menjelaskan, hak anak ahli pencarum beragama Islam masih terpelihara apabila berlaku kematian, sama ada mereka dinamakan sebagai penama atau sebaliknya.
Katanya, penama hanya dilantik sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan ahli KWSP berstatus harta pusaka mengikut faraid apabila berlaku kematian ahli beragama Islam.
"Mengikut undang-undang, penamaan tidak akan berkuat kuasa sekiranya ketika kematian ahli, penama belum mencapai umur 18 tahun kerana tidak layak bertindak sebagai wasi.
"Bagaimanapun, ini tidak bermakna anak ahli di bawah umur 18 tahun yang didaftarkan sebagai penama tidak mendapat haknya ke atas simpanan ahli.
"Pembayaran simpanan ahli yang meninggal dunia akan diproses seperti tiada penamaan, iaitu mengikut pembahagian sijil faraid, perintah pembahagian atau surat kuasa mentadbir.
"Ia dilaksanakan berdasarkan mana-mana yang dikemukakan dulu kepada KWSP," katanya beliau dalam penafian itu.
Perkongsian itu sebelum ini telah tersebar luas menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosiaal mengenai kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang didaftar sebagai penama caruman KWSP tidak berhak menuntut wang simpanan.
Antara dakwaan lain adalah wang pendeposit yang tidak dituntut dalam tempoh setahun akan terus disalurkan ke Amanah Raya Berhad (ARB), seolah-olah menafikan hak anak atau penama berusia 18 tahun ke bawah sebagai pewaris.
KWSP menjelaskan, isu pembahagian simpanan ahli yang meninggal dunia membabitkan penama atau waris bawah umur 18 tahun kepada ARB secara automatik adalah tidak benar.
"Bagi ahli bukan beragama Islam pula, penama adalah penerima mutlak tidak kira umur," katanya.
Untuk maklumat lanjut, katanya, pencarum boleh melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-89226000. - Siakapkeli.my
Sumber: Berita Harian
Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
BalasPadampin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E
proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0
BalasPadamYuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
BalasPadamDi Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
ada CS ANGELNA yang cantik...
dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..