Baru-baru ini kita dikhabarkan akan dapat menyaksikan kemuncak fenomena pancuran meteor Perseid di langit termasuk di Malaysia.
Ketika ini bilangan meteor yang akan kelihatan bagi pada waktu kemuncak jam 12.30 pagi 13 Ogos ni adalah antara 80 hingga 100 meteor setiap jam.
Bagaimana pun dapat dilihat rata-rata rakyat Malaysia mengeluh menyatakan awan hujan gelap menghalang mereka melihat fenomena ini selain ada yang menyatakan tidak nampak walaupun kawasan mereka tiada awan hujan.
Untuk pengetahuan semua, Meteor Perseid yang berasal daripada saki baki peninggalan habuk sebuah komet bernama Komet 109P/Swift-Tuttle ini tidaklah dapat dilihat seperti banyak yang dinyatakan kerana terganggu dengan cahaya bulan masih terang pada malam 13 Ogos itu.
Oleh itu, rata-rata netizen melahirkan kekecewaan mereka di laman Facebook angkasa kerana awan tebal dan cahaya bulan itu, untuk mengubati sedikit kekecewaan itu, admin kongsikan beberapa keping gambar dan video rakaman pancuran meteor Perseid yang berjaya dirakam di Malaysia, England, Dubai, UAE, Greece dan beberapa negara lagi.
Gambar di Malaysia yang berjaya dirakam.
Gambar: Ali Shamsul Bahar
Lokasi: Kg Sepat, Kuantan
Gambar: Muhammad Zulfikhar
Gambar di China
Gambar: Petar Glebov
Pancuran Meteor di Amerika Syarikat.
Gambar: sjb_astro on Twitter
Gambar: Sean Parker Photography
Lokasi: Joshua Tree National Park, California
Jom saksikan video yang berjaya dirakam diluar negara.
- Siakapkeli.my
Sumber Rujukan: Falak Online
Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
BalasPadampin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E
proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0
BalasPadam