Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Terkejut Isteri Terima Surat Dari LHDN, Tuntut Bayar Hutang Cukai Selepas Dakwa Dia Sudah Jadi 'Allahyarham'

28 Jul 2017
4 ulasan

Seorang lelaki yang merupakan seorang anggota polis semalam telah memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya di mana dia menyatakan begitu terkejut selepas menerima sepucuk surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menyatakan dia sudah menjadi 'allahyarham'.

Surat berkenaan ditujukan kepada isterinya di mana berdasarkan petikan di dalam surat, pihak LHDN menuntut isteri beliau melangsaikan hutang cukai Allahyarham Amran Bin Mohamed yang masih berbaki RM1728,50.

Beliau menyatakan sebelum membuka surat itu dia menyangka surat itu adalah lebihan bayaran balik tahun lepas yang tidak dibayar balik oleh pihak LHDN kerana setiap dua tahun selepas isytihar e-filling dia akan menerima bayarana.

"Setelah surat dibuka, alangkah terkejutnya saya bila isi kandungan surat tersebut menyatakan mohon pewaris iaitu isteri saya supaya menjelaskan baki yang masih terhutang kerana penama sudah meninggal dunia."

"Selain itu, surst itu turut meminta isteri saya memberikan maklumat seperti nama, alamat dan waris serta salinan sijil kematian."

"Untuk makluman pihak LHDN cawangan Negeri Terengganu, penama masih belum lagi meninggal dunia dan tidak ada hutang atau baki yang tertunggak, saya ada bukti tiap2 tahun bayar income tax," tulis beliau di laman Facebooknya.

Beliau dalam pada itu memohon kepada pihak LHDN memeriksa kakitangan yang melakukan perkara demikian yang menyusahkan dia terutamanya melibatkan soal kematian.

Memetik hasil temubual dengan Harian Metro pula, Amran yang bertugas sebagai polis bantuan di sebuah syarikat minyak dan gas berkata, dia tidak pernah mengabaikan soal pembayaran cukai pendapatan.

"Setiap bulan cukai pendapatan saya dipotong dan majikan membuat bayaran kepada LHDN.

"Saya pelik kenapa pihak LHDN melakukan kesilapan sebegitu sedangkan nama saya dan isteri serta alamat yang ditujukan adalah tepat," katanya.

beliau bagaimanapun tidak berniat untuk membuat laporan polis kerana menganggap kejadian itu sebagai satu kesilapan dilakukan LHDN.

"Saya harap perkara sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang terhadap diri saya dan orang lain.

"Soal mati jangan dibuat main boh," katanya lagi. - Siakapkeli.my

Surat yang diterima beliau.



Sumber: facebook Amran Mohamed
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "