Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Justin Bieber Diharamkan di China

23 Jul 2017


Penyanyi popular kelahiran Kanada, Justin Bieber, diharamkan dari membuat persembahan di China.

Keputusan untuk mengharamkan penyanyi yang popular dengan lagu 'Despacito' itu diumumkan oleh pihak berkuasa kebudayaan negara itu yang menyifatkan Bieber sebagai seorang yang bermasalah.

"Justin Bieber seorang penyanyi yang berbakat, tapi dia juga seorang penyanyi luar negara yang banyak kontroversi," kata kenyataan dari Biro Budaya Perbandaran Beijing pada 18 Julai.

"Beberapa siri kelakuan tidak baiknya ketika berada di luar negara dan ketika membuat persembahan di China telah menyebabkan kebencian dari orang awam.

"Bagi mengawal selia pasaran hiburan domestik dan membersihkan persekitarannya, kami mendapati ia tidak sesuai untuk membawa masuk penghibur dengan tingkah laku yang tidak baik."


Sumber: Telegraph
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "