Agak Seram mendengar penyanyi Farahdhiya Mohamed Amin berkongsi cerita mengenai kisah beliau pernah menerima gambar lucah budak lelaki belasan tahun di Instagram miliknya.
Penyanyi jelita yang berusia 33 tahun ini berkata itu bukan pertama kali diterimanya sehingga dia terpaksa menyekat individu sebegitu daripada terus mengganggunya.
"Memang geram dan sakit hati sebab di usia semuda itu mereka sudah berani menghantar gambar sedemikian pada saya. Takde rasa hormat langsung!
" Yang guna akaun palsu memang banyak tetapi ada yang lebih berani menggunakan akaun pribadi dan mengambil gambar tak senonoh menampakkan sebahagian dari alat sulit dan muka mereka.
"Apa tak ada perasaan malu ke?" ujarnya kepada mStar Online
Lebih menambahkan rasa kecewanya ialah apabila kebanyakan yang berani menghantar gambar sebegitu adalah daripada golongan remaja yang masih bergelar pelajar sekolah berdasarkan identiti dalam profil mereka.
Sementara itu, pelantun lagu Bertakhta Di Hati ini menambah lagi, dia tidak berniat untuk membuat laporan polis berkenaan kes ini tetapi lega dapat menyekat akaun individu tersebut.
Faradhiya juga tidak akan sesekali berkongsi lokasinya di laman sosial kerana beliau kini sering mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap hal kerana agak trauma dengan kes cabul dan rogol diluar sana selain untuk tujuan keselamatan.
"Entahlah, kadang-kadang saya tak faham kenapa orang perlu nak check in kat mana-mana mereka berada. Perkara tersebut jelas mengundang bahaya.
"Saya mengambil langkah untuk tidak akan menaiki perkhidmatan Grab atau Uber atasa sebab-sebab keselamatan dan saya lebih selesa untuk memandu sendiri," ujarnya.
Sumber - mStar Online
mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamKontak bbm 5EE80AFE :D
yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
BalasPadamadd pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**