Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagi Respon Jemputan Kahwin Di FB, Jangan Buat Tak Tahu, Nampak Remeh, Tapi Penting Buat Pengantin

19 Jul 2017
2 ulasan

Sejak dari tadika, ke alam persekolahan, kemudian university, dan dunia pekerjaan, kita pasti mempunyai ramai kenalan, yang mana jika dikumpulkan dalam satu majlis sememangnya memenuhi ruang yang ada.

Macam mana pula jika buat jemputan untuk majlis perkahwinan, mesti pening kepala untuk jemput, lebih-lebih lagi jika ada jemputan yang terhad. Sudah pasti ramai yang akan gunakan medium media sosial seperti FB untuk jemput kenalan yang ada.

Bagi kita yang dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan, lagi-lagi menerusi FB, kita akan mula buat acuh tak acuh, memberi jawapan pun tidak, hanya biarkan begitu sahaja.

Perkara sebegini mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting buat pengantin, kerana menerusi perkongsian dari Dr Wan Muhammad Najib, yang mana berhadapan dengan situasi ini.

Ia secara tidak langsung beri kesedaran buat dirinya, akan betapa pentingnya hal berkaitan jemputan majlis perkahwinan ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


3 perkara yang aku belajar bila nak anjur majlis perkahwinan berkaitan jemputan.

1. Kalau ada orang invite kau ke majlis perkahwinan dia, walaupun hanya jemputan melalui facebook. Dia bukan jemput main-main. Bayangkan dalam friendlist dia ada 3000 orang, tetapi dia shortlisted kan 500 orang sahaja yang dia nak jemput.

Jadinya, apabila orang tu dah invite thru FB tu, pandai-pandai lah respon. Dapat datang ke tidak tu lain cerita. Kalau tak dapat datang, send je 'cant go'. Kalau tak pasti, tekan sahaja ' maybe'. Kalau pasti tekan sahaja 'Going'. 

Bukan apa, kadang-kadang sedih juga bila kita dah semangat invite tapi orang tak respon. Bukan apa, memanglah kita tak buat RSVP tetapi kita nak tengok juga berapa ramai yang boleh datang, kot kot ada leh datang ramai, kita nak tambah makanan. 

Itu sahaja function kita nak lihat respon orang pada jemputan tu. Kalau awak tak datang, kita boleh jemput orang lain pula yang tak muat dalam list 500 tu.

2. Kalau boleh, kita nak jemput semua kawan-kawan yang kita kenal untuk datang majlis istimewa kita. Tapi mesti, ada juga yang kekadang kita terlepas pandang kita tak jemput khususnya kawan-kawan rapat yang pernah satu batch belajar (sebagai contoh). 

Macam aku, bila dah add 500 orang dalam invitation tu, aku cek2 balik, ada lah juga berpuluh -puluh lagi orang kau nak invite tapi tak muat. FB ni dia limitkan 500 orang jemputan shaja untuk private event. Kena gigihkan diri untuk pm tepi. 

Haritu ada jugak member aku dia nak kahwin, dia datang majlis aku, tapi aku perasan aku tak dapat jemputan untuk majlis dia. Mula-mula nak touching, tapi aku beranikan diri PM tepi tanya. Rupa-rupanya aku baru perasan aku tak friend dengan dia dekat FB, dan yang handle jemputan di FB adalah maknya, so mungkin terlepas pandang. 

Dia mmg nak ajak pun sebenarnya. Mujur aku tak touching lebih-lebih. Aku faham perasaan orang nak kahwin ni, dia serabut tak sempat nak fikir untuk jemputan satu persatu.

3. Part ni aku pun terharu gak. Sehari sebelum majlis aku, adalah beberapa kawan yang call aku, menyatakan dia tak dapat hadir kenduri aku. Aku sendiri tak pernah macam tu gigih nak call member sebab tak dapat hadir. 

Tapi ini bila ada orang call nak mintak maaf tak dapat hadir, buat aku terfikir. Jahat betul aku tak pernah nak minta maaf secara personal dekat member-member yang invite aku majlis kahwin selama ni, tapi aku tak dapat hadir. Whatsapp/message pun aku tak pernah buat. 

So bila ada orang buat cmni dekat aku, aku baru terfikir walaupun aku kadang2 tk dapat datang sebab kerja, aku seharusnya inform pengantin tu sebab dia dah invite aku personally thru fb. tapi aku buat dunno ja..huhu....

Itu lah tiga perkara yang nampak kecil tapi sebenarnya besar, aku baru sedar dan belajar.

Kadang-kadang kita ingat kita dah cukup dewasa dan tahu semua benda, rupa-rupanya tidak. Banyak lagi benda commonsense yang kita tidak tahu.

Peh gigih aku tulis panjang ni. Lama tk tulis.

So nasihat aku, kepada diri sendiri dan semua, kalu orang jemput kita majlis kahwin tu, cuba-cuba lah respon ya. kasihan member cakap sorang-sorang dalam FB Event tu. kehkehkeh.

Sekian

- Siakap Keli

BACA: 10 Seni Dalam Meraikan Tetamu Yang Hadir, Buat Mereka Rasa Lebih Dihargai & Diraikan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. saya nak kasi satu cerita disini ingin minta diviralkan.bagaimana cara nya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "