Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Cara Yang Boleh Dilakukan Untuk Elak Berlakunya Kes Kecurian Ketika Sedang Bercuti

6 Jul 2017
One Comment

Ketika sedang bercuti sudah pasti kita inginkan pengalaman yang bermakna dan dapat melupakan seketika hala berkaitan kerja, atau kesesakan lalu lintas di tengah kota raya.

Bukan itu sahaja, sebolehnya kita ingin mengelak dari sebarang masalah, sama ada menerima panggilan dari tempat kerja ketika sedang bercuti, atau pun hal yang berkaitan dengan percutian itu sendiri, seperti masalah kecurian, hilang dokumen, atau tempat penginapan.

Kita sering diceritakan mengenai ‘scammer’ atau cara pencuri menjalankan kerja mereka, jika berada di negara luar, dan ia sedikit sebanyak beri langkah berjaga-jaga akan apa yang perlu dilakukan.

Beberapa tip yang boleh cuba dilakukan untuk mengelak dari menjadi mangsa pebcuri ketika sedang bercuti.

Foto: wikihow

1. Buat carian akan tempat yang ingin dituju

a. Cuba ketahui akan kes jenayah di tempat tersebut

Jika pergi ke mana-mana destinasi, ada baiknya cuba buat carian akan kadar jenayah yang berlaku, dan apakah jenis-jenis jenayah yang ada, supaya boleh membuat persediaan, dan langkah pencegahan yang dikongsikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Boleh membuat carian melalui agensi pelancongan, laman web atau blog, juga bertanya akan pengalaman saudara-mara dan rakan-rakan.

b. Amaran mengenai masalah berkaitan ‘travel’

Buka laman web pihak berkuasa atau kerajaan akan destinasi yang ingin dituju, lihat sama ada dikeluarkan amaran akan altiviti jenayah yang ada di tempat tersebut. Amaran sebegini secara tidak langsung memberitahu kita peningkatan kadar jenayah, keganasan, kecurian atau masalah awam yang lain.

c. Insuran kecurian

Sebolehnya ambil insuran kecurian sekiranya anda pergi ke kawasan yang berisiko. Membawa brang berharga bersama, seperti kamera, computer riba, atau tablet membuatkan kita menjadi sasaran, dan dengan adanya insuran kecurian ini, ia boleh digantikan sekiranya dicuri.

Kos ‘travel insurance’ adalah bergantung pada berapa lama percutian, destinasi, dan juga umur.


2. Bagasi dan beg

a. Kunci

Bila membawa bagasi atau beg, pastikan anda mengunci ruangan yang ada, sama ada gunakan mangga biasa, atau pun yang mempunyai kombinasi kod, ia sedikit sebanyak boleh melindungi barang berharga di dalamnya.

b. Beg ‘anti-theft’

Boleh cuba cari di pasaran. Walaupun ia sedikit mahal, tetapi agak berbaloi kerana boleh memastikan barang berharga sukar untuk dicuri, dan anda boleh bercuti dalam keadaan lebih selamat.

c. Sentiasa berwaspada di tempat ramai orang

Sudah semetinya tempat yang dituju akan mempunyai ramai orang, jadi bila berada di tempat sebegini, pastikan sentiasa berjaga-jaga. Sentiasa perhatikan beg, dan barang di dalam seluar, takut diseluk oleh mereka yang lalu-lalang.

Foto: wikihow

3. Barang berharga

a. Simpan dalam peti besi

Sekiranya bermalam di hotel, pastikan letak barang berharga dalam peti besi yang disediakan di dalam bilik hotel.

b. Salinan dokumen

Sentiasa membuat sebanyak mungkin akan dokumen penting, seperti kad pengenalan juga passport. Simpan di dalam beg, atau di dalam fail serta di tempat yang sukar hilang.

c. Simpan duit di beberapa tempat

Sebaiknya anda menyorokkan atau menyimpan duit di beberapa tempat yang berasingan. Sama ada di dalam kocek seluar, di dalam stoking, atau mungkin di celah-celah tali pinggang.

Boleh juga gunakan dompet palsu, yang mana tidak mempunyai banyak wang atau dokumen penting untuk mengelirukan pencuri.

d. Kamera

Pastikan kamera yang ada dipasang tali khas (strap) supaya tidak mudah diragut oleh pencuri, dan memastikan ianya sentiasa ada pada badan, tidak tertinggal di mana-mana sewaktu berehat.

Walau apa pun, utamakan keselamatan ketika berada di tempat orang. Buat carian sebaik mungkin akan kawasan yang dituju, dan cuba elakkan berada di kawasan yang tinggi kadar jenayah. –Siakap Keli

Sumber: wikiHow

BACA: Perlu Sentiasa Peka Dengan Persekitaran, Lebih-Lebih Lagi Dengan 10 Taktik Penipuan Ini, Yang Wajib Diketahui Bila ‘Travel'
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AGENT Fansbetting GAME ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
    Minimal Deposit & Withdraw = Rp.50.000,
    – Live Chat ( www.Fansbetting.co )
    – PIN BB : 5EE80AFE
    – Whats App : +855 963156245
    – Line : Fansbetting
    – Skype : fans.betting
    Terima kasih, Salam Admin Fansbetting

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "