Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Pukul Pemandu Uber di Georgetown: Empat Ditahan, Pemandu Akui Tak Tahu Motif Dia Dipukul - Polis

8 Jun 2017

Georgetown - Susulan kes seorang pemandu Uber dipukul di sini semalam, pihak polis telah menahan pemandu Uber terbabit dan juga seorang wanita warga Vietnam untuk siasatan lanjut.

Selain itu, seorang lelaki yang dipercayai suami kepada mangsa yang berusia 37 tahun turut ditahan kerana didakwa menyerang pemandu Uber dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Anuar berkata, dua lagi lelaki juga ditahan kerana dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu dan menjadikan jumlah penahanan empat orang.

"Ketiga-tiga suspek kini direman empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan.

"Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Georgetown, Ahmad Tajuddin Zain tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kita juga akan menahan mangsa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Dalam pada itu, siasatan mendapati, mangsa yang merupakan warga Vietnam didakwa dicabul pemandu Uber ketika menggunakan perkhidmatan kereta terbabit 6 Jun lalu. Ketika itu, wanita berkenaan dipercayai ingin ke Jalan Argyll dari Lintang Paya Terubong di sini.

"Dalam perjalanan, pemandu Uber terbabit telah mengeluarkan kemaluannya dan mengarahkan mangsa memegangnya. Mangsa yang ketakutan memegang namun melepaskannya. Pemandu Uber itu juga dikatakan mengeluarkan telefon bimbitnya dan selfie dengan mangsa," katanya.

Beliau menambah, mangsa yang berusia 43 tahun itu pada mulanya tidak mahu membesarkan kejadian tersebut namun dia mendakwa, suspek menghubunginya pada sebelah malam dengan tujuan untuk mengganggunya.

"Mangsa yang buntu menceritakan kejadian itu kepada rakannya dan rakannya menasihatkan mangsa agar menceritakan kejadian itu kepada suaminya. Selepas menceritakan kepada suaminya, suaminya itu meminta mangsa menghubungi semula suspek pada keesokan harinya kononnya mahu menggunakan perkhidmatan Uber tersebut.

"Suspek yang tidak mengesyaki apa-apa datang semula pada 7 Jun untuk menjemput mangsa namun dipukul sekumpulan lelaki (dipercayai rakan-rakan suami mangsa) termasuk suaminya dengan menggunakan kayu besbol," katanya.

Hasil siasatan juga mendapati mangsa dan juga suaminya itu merupakan pasangan suami isteri sejak 2015 namun tidak mempunyai anak, kata beliau.

"Suspek bagaimanapun menafikan kejadian itu dan mendakwa dia difitnah. Dia turut mengakui tidak tahu motif dia dipukul oleh sekumpulan lelaki terbabit.

Kata beliau lagi, mangsa cedera di kepala, tangan dan kaki kiri telah dirawat di Hospital Puala Pinang namun telah dibenarkan keluar.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "