Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ingatan Buat Mereka Yang Menggunakan Surau Awam Di Stesen Minyak & Kawasan RnR Ketika Pulang Berhari Raya

21 Jun 2017
2 ulasan

Bila mana berada di kawasan awam, yang mana ianya digunakan oleh orang ramai, seperti taman permainan, tandas awam, atau surau, sudah semestinya kita perlu menjaga adab, supaya tidak mendatangkan kepayahan kepada orang lain yang menggunakannya kelak.

Dengan ketibaan musim perayaan yang semakin hampir, kita pasti akan menggunakan tempat beribadat, lebih-lebih lagi surau untuk mengerjakan amal ibadat, seperti solat.

Jadi, pastinya kita sedia maklum akan banyak orang yang menggunakan kemudahan ini, jadi kita seharusnya lebih peka mengenai pengguna lain.

Menerusi perkongsian dari Pn Suzana Mohamed Ali, terdapat beberapa perakara yang harus diingati sekiranya menggunakan surau, sama ada di pusat beli belah, stesen minyak, mahu pun kawasan RnR.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Bila tuan-puan akan mula balik kampung?

Ini tips apabila menggunakan surau awam di pasaraya, stesen minyak atau hentian lebuhraya:

A. TEMPAT WUDUK

1. Jimatkan penggunaan air. Buka sekadar boleh basahkan anggota wuduk sendiri, bukan pakaian orang lain.

2. Jika ramai yang sedang beratur menunggu giliran untuk berwuduk, wudukkan anggota wajib sekali sahaja dan bersegera. Ingat, masing-masing terkejar urusan lain.

B. RUANG SOLAT

1.
Pilih saf yang paling jauh dari laluan keluar masuk supaya orang tidak terpaksa lalu di hadapan kita semasa sedang solat.

2. Pastikan barang peribadi kita diletakkan di hadapan saf bagi mengelakkan diambil orang.

3. Bersegera meninggalkan saf apabila selesai solat dan berdoa. Jika mahu bertafakur, mohon ke masjid atau surau utama.

4. Semasa masuk atau keluar dari surau, pastikan bukaan pintu tidak menyebabkan aurat orang lain di dalam surau terdedah.

LAIN-LAIN 

1. Kebiasaannya surau menyediakan rak kasut. Susun kasut di rak. Kasut tumit tinggi kita mungkin mencederakan orang lain jika diletakkan depan pintu.

2. Cermin dan kipas dalam surau adalah untuk kegunaan awam. Hadkan masa kita menggunakannya. Jika mahu bersolek dan melilit tudung lawa-lawa, buat di bilik air.

3. Ubah mode telefon bimbit kepada mode senyap.

Dalam menggunakan kemudahan awam seperti surau ini, seharusnya kita lebih beradab, dan mengingati orang lain yang turut menggunakannya, agar dapat beri keselesaan dan memudahkan urusan pengguna lain. - Siakap Keli

BACA: Kalau Dah Ramai-Ramai Duduk Satu Rumah Bila Hari Raya, 18 Perkara Ini Perlu Diingat, Nanti Taklah Susahkan Orang Lain
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "