Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cara Mudah Bersihkan Kotoran Pada Penghawa Dingin, Dengan Hanya Menetapkan Kepada 'Mode Fan' Sahaja

18 Jun 2017
One Comment

Bab pembersihan alatan elektrik, atau perabot sudah menjadi perkara wajib dilakukan, pada hari-hari biasa, mahu pun bila tibanya sesuatu perayaan. Ini bagi memastikan keselesaan tetamu yang hadir ke rumah nanti.

Mungkin ada di antara kita yang tidak punya masa dalam membersihakan penghawa dingin, yang mana setelah seharian digunakan, lebih-lebih lagi pada waktu malam, ianya pastinya sudah mula berhabuk.

Terdapat cara mudah yang boleh digunakan dalam membersihkan penghawa dingin, dan ianya hanya dengan menekan satu butang sahaja pada alat kawalan jauh.

Jom kita lihat bagaimana caranya.

Teknik yang berkesan untuk bersihkan aircond

Rupanya just gunakan remote jer.

Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut :

1. Tetapkan mode daripada "Cool" ke mod "Fan", tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
2. Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
3. Kemudian barulah matikan aircond.


Mengapa tetapkan ke mode "Fan" ?

Tujuan kita tetapkan ke Mode "fan" kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. 

Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)

Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode "Cool" apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Silakan share.

Sumber: Persatuan Muafakat Johor

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG

    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "