Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kanak-Kanak 7 Tahun Terjatuh Dari Motosikal Dan Tangan Patah Tersepit Dalam Rim

1 Mei 2017
No Comment

ALOR SETAR: Seorang kanak lelaki ebrusia tujuh tahun terpaksa menahan azab selepas tangan kirnya telah tersepit dalam rim motosikal yang ditunggang oleh ibunya di alan Simpang Kuala di sini, lapor Bernama.

Dalam kejadian itu, mangsa yang membonceng telah terjatuh menyebabkan tangannya termasuk ke dalam rim motosikal yang sedang bergerak menyebabkan tangannya kirinya itu patah.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian lantas cuba membantu mangsa sebelum menghubungi pihak bomba.


Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar berkata, mereka telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam l 1.58 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati tangan mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

"Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya.

Sebuah jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja terlibat dalam operasi menyelamat.

Video menunjukkan tangan kanak-kanak berkenaan tersepit dalam dalam rim motosikal berkenaan telah menjadi tular di laman sosial. - Siakapkeli.my

VIDEO
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "