Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki 69 Tahun Ditemui Selamat Selepas Seminggu Hilang Dalam Hutan, Makan Katak & Sayur Untuk Terus Hidup

25 Mei 2017

Jualau, 25 Mei - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat kira-kira jam 11.45 pagi Khamis.

Menurut laporan Bernama, Tan Rarong, 69, yang sebelum ini keluar memburu di hutan di Jikang ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat dalam keadaan lemah.

Menurut The Star, Rarong memberitahu penyelamat bahawa dia meneruskan hidup dengan memakan katak dan pucuk daun 'sabung' iaitu sejenis daun pokok hutan yang sering dijadikan sayur oleh masyarakat Iban, untuk terus hidup.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintagor, Nicholas Belulin brkata, mangsa hanya dapat dibawa keluar dari hutan pada jam 3.35 petang dan kemudian dibawa ke klinik untuk rawatan.

Usaha pencarian dijalankan oleh tiga bels anggota Bomba dan Penyelamat Bintagor, 13 penduduk kampung serta lima anggota polis dan tiga anggota K9.

Pada pagi Jumaat lalu, Tan yang berasal dari Rumah Berenai, Km 25.8 Jalan Kelupu-Julau-Durin, memberitahu isterinya Ngala Chendai, 67, yang dia hendak ke kebun lada mereka yang terletak 10 minit perjalanan dari rumah panjang mereka sebelum berburu di hutan berdekatan.

Sumber: mStarThe Star

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "