Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tips Terbaik Mengambil Gambar Menggunakan iPhone

23 Apr 2017

Artikel asal: Wiser.my

Dengan perkembangan telefon pintar yang semakin canggih, tidak mustahil ramai orang lebih gemar menangkap gambar menggunakan telefon pintar.

Dari gambar ‘selfie’ atau pemandangan percutian, kita pasti mahu mengangkap gambar menggunakan teknik ala-ala profesional.

Dalam kes ini, kami akan memfokuskan tentang iPhone yang memang terkenal dengan kualiti gambar yang cukup berkualiti.


Kawalan ‘Shutter’ Tanpa Menyentuh Skrin

Mungkin ada yang tidak perasan.

‘Earbud’ yang disertakan sekali dengan iPhone anda boleh bertindak sebagai ‘shutter’ kamera.

Apabila anda telah memasang ‘earbud’ ke iPhone anda, tekan sahaja butang ‘volume’ di ‘earbud’ sekiranya mod kamera telah terpasang.

Ini membolehkan gambar diambil dalam posisi yang selesa dan semulajadi.

Butang ‘volume’ di tepi peranti juga berfungsi dengan cara yang sama jika anda tidak mahu gambar lengan anda masuk sekali di dalam gambar.


Peraturan 1/3

Ini merupakan tips jurugambar yang agak lama dimana ‘shot’ gambar anda patut dibahagikan kepada 9 empat segi tepat dengan 4 garis bersilang.

Subjek gambar sepatutnya ada di dalam kawasan ini.

Untuk menyenangkan anda dari membayangkan kawasan ini, pergi ke ‘setting’ dan buka ‘menu’ Photos & Camera.

Kemudia tekan suis ‘toggle’ Grid dan aktifkan funsi ini.

Apabila anda membuka aplikasi kamera, anda akan melihat kawasan yang telah dibahagikan kepada garisan grid.


Fokus dan Pendedahan

Apabila anda menangkap gambar menggunakan aplikasi kamera, tekan di mana-mana di skrin untuk mengubah fokus dengan manual.

Pada masa yang sama, ikon matahari akan muncul di skrin.

Tarik ikon ini keatas dan atau kebawah untuk mengubah pendedahan pada kawasan tersebut.

Untuk mengunci fokus di dalam skrin, tekan tanpa lepas di kawasan fokus.

Ini akan mengunci fokus dan pendedahan untuk kawasan terbabit membantu anda untuk mendapatkan fokus dan pendedahan konsisten walaupun kamera anda bergerak.


Salah satu mod yang banyak digunakan sekarang ialah HDR iaitu ‘High Dynamic Range’.

HDR memberikan lebih seleksi warna dan kontras di dalam gambar agar gambar nampak lebih semulajadi.

Mod HDR memerlukan masa untuk diproses dan ini tidak sesuai untuk menangkap objek yang bergerak laju.

Mod ini boleh ditutup di skrin dan boleh digunakan apabila berasa keadaan yang sesuai.


Mod ‘Burst’

Mod ‘Burst’ sangat sesuai keadaan memerlukan gambar diambil dengan kuantiti yang banyak.

Apple meletakkan fungsi ini di butang ‘shutter’.

Dengan menekan ‘shutter’ dalam  tempoh dari setengah saat dan lebih, mod ‘burst’ diaktifkan dengan automatik sehingga anda melepaskan ‘shutter’.

Pastikan anda mempunyai ruang penyimpanan yang mencukupi jika tidak mahu proses ini terganggu.


Malangnya zoom optikal hanya terdapat di dalam iPhone 7 Plus.

Zoom optikal berfungsi sama seperti zoom digital tetapi dengan kualiti gambar yang lebih baik. Hanya tekan butang kecil 1x di skrin dan kamera akan zoom menggunakan optikal.


Mod Potret

Sekali lagi, mod ini hanya eklusif bagi iPhone 7 Plus.

Cari fungsi potret di skrin dan anda boleh mengaktifkannya dengan segera.

Mod potret direka dengan memfokuskan subjek di dalam gambar sambil latar belakang dikaburkan.

Ia dikenali dengan efek bokeh dan hasilnya sangat menakjubkan.

Untuk telefon pintar berkamera dual sahaja yang boleh mendapatkan hasil yang sama.


Aksesori Kamera

Sejak kebelakangan ini, terdapa banyak aksesori kamera di pasaran untuk anda beli.

Antara yang terkenal digunakan bersama iPhone ialah lensa ExoLens dan Olioclip. Lensa mereka dalam saiz yang kecil tetapi berkuasa.

Lensa ini boleh membuat ‘shot’ sudut lebar, mod macro dan zoom tambahan. Pastikan anda mengkaji dulu keperluan gambar anda dan lensa mana yang sesuai untuk iPhone anda.


Aplikasi Kamera

Untuk anda yang inginkan lebih kawalan untuk gambar anda, aplikasi pihak ketiga ada di luar sana. Mereka boleh memberi anda kawalan lebih seperti kelajuan ‘shutter’ dan pendedahan.


Ubahsuai Gambar Anda

Akhir sekali, untuk anda yang tidak mementingkan keaslian gambar, anda boleh menggunakan aplikasi Photos di dalam iPhone anda untuk mengubahsuai gambar yang telah ditangkap.

Aplikasi ini boleh mengubah kecerahan gambar dan juga meletakkan penapis untuk gambar anda.

Hasilnya gambar anda mungkin nampak lebih menarik dan lebih ‘profesional’

Like page Wiser.my untuk perkembangan teknologi terkini.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo bergabung dengan kami di DEWAPK dan menangkan hadiah nyata nya hanya dengan modal 10rb saja loh silahkan mencoba ya.. pin bb D87604A1

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam
  3. SWIN888 MERDEKA PROMOTION LUCKY DRAW NEW GAMES
    SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666
    Swin888.blogspot.com
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/ TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
    https://www.youtube.com/watch?v=7zdYogivLlw&t=4s

    #scr888 #swin888 #lpe88 #joker123 #sky777 #sky99
    #rich96 #malaysia #sabah #slotgames #sky3888
    #ace333 #leocity #spadegaming #sportbook #seagames
    #kl2017 #zizanrazak #igmalaysia #fbmalaysia #malaysian

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "